Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Ambil Gambar dari MS Word

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MS Word
MS Word
Gambar dari MS Word tidak dapat di'copy-paste' selain daripada MS Word. Anda beria right-click dan copy gambar tu nak paste di tempat lain tetap tak jadi juga.  Jadi agak leceh dengan masalah ini.

Bagaimana cara nak ambil gambar dari MS Word? Mudah sahaja caranya..
Berikut adalah cara-cara untuk mengambil gambar dari MS Word:

1. Buka fail MS Word yang anda nak ambil gambarnya. Dah buka, kemudian pergi ke File > Save As
Tutorial Ambil Gambar dari MS Word
 Klik File > Save As

 Tengok pada Save as type, pilih Web Page
Tutorial Ambil Gambar dari MS Word
Save as type > Web Page
Dan akan keluar seperti di bawah ini.
Tutorial Ambil Gambar dari MS Word


2. Anda cari fail yang anda save tadi. Contoh (seperti dalam gambar), saya save di dekstop. Fail MS Word saya bertajuk 'Kucing', jadi cari folder yang mempunyai tajuk yang sama dengan MS Word kita. 
Tutorial Ambil Gambar dari MS Word
Fail yang mengandungi gambar
Anda klik folder tersebut. Gambar ada tersedia di dalam folder itu.
Ok, anda dah boleh guna gambar tu.
Tutorial Ambil Gambar dari MS Word
Gambar dalam folder

Selesai. Selamat mencuba!



1 ulasan for "Cara Ambil Gambar dari MS Word"