Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Reka Banner Flash Secara Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anda ingin membuat banner flash untuk diletakkan di blog anda tapi anda tidak mahir menggunakan Adobe Flash atau Photoshop? Jangan risau, and abolah mereka banner flash hanya atas talian secara percuma.

Kenapa nak buat banner flash?

  • Dapat menarik perhatian pembaca untuk klik banner tersebut.
  • Pembaca lebih mudah tertarik dengan info yang terdapat pada banner.
  • Nampak profesional.

Perisian Adobe Flash mungkin susah digunkana terutamanya bagi beginner atau lebih susah kepada yang tidak kenal Adobe Flash. 

Untuk menjimatkan masa, anda boleh menggunakan servis percuma untuk membuat banner hanya di atas talian. Dengan hanya beberapa langkah sahaja anda boleh memiliki banner flash.

Antara laman yang membuat servis reka banner secara atas talian:
  • www.123-banner.com - Selain banner, anda juga boleh buat header flash, slide, page peel dan lain-lain lagi. Design juga cantik dan kemas.
  • Flash Vortex - Anda boleh design banner di sini. Selain itu anda juga boleh dapatkan menutab, teks bergerak, button yang menarik dan widget seperti jam di sini.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka untuk membuat banner secara percuma.
Selamat mencuba!

1 ulasan for "Reka Banner Flash Secara Percuma "