Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tutorial Buat Banner Ruang Iklan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog adalah salah satu medium untuk menyampaikan sesuatu berita isu semasa atau apa sahaja yang berkaitan. Selain itu, blog juga boleh dijadikan sebagai medium pengiklanan. Blog sering menjadi sasaran para peniaga kecil atau syarikat besar untuk beriklan kerana pembaca blog tidak terbatas. 

Jadi, anda perlu merebut peluang ini dengan menjadikan blog anda sebagai 'ATM' dengan meletakkan ruang iklan untuk di sewa. Anda boleh mengenakan kadar bayaran yang anda sendiri tetapkan. Tak salah begini jika niat kita hendak membantu orang lain.

Anda boleh meletakkan banner ruang iklan di bawah header (kedudukan yang paling bagus), sidebar mahupun di bawah entri. Sebelum itu, anda perlu tahu cara-cara untuk mereka banner iklan. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Buka Photoscape (saya tunjuk cara buat banner guna Photoscape sebab mudah). 
Klik 'Page' seperti dalam gambar.

 Kemudian akan keluar macam ni, klik 'Edit'.

Klik butang 'Resize' untuk ubah saiz seperti yang dikehendaki.

 Akan keluar macam, ubah saiz dan untick kotak 'Preserve aspect ratio', klik 'Ok'.

Anda akan nampk macam ni. Klik 'Object'.

 Klik pada 'Text' untuk taip.
*Kalau nak letak gambar pun boleh, klik kotak sebelah simbol hati tu...

 Taip di sini, tetapkan saiz font dan warna.

 Klik 'Film Effect' untuk background kotak iklan tersebut.

Klik mana-mana warna pada 'Film Effect' dan akan jadi macam ni. Kemudian klik butang 'Save'.

 Dah siap, anda boleh save.

Ok. Siap. Selamat mencuba.

Saya selalu design guna photoshop ^_^


3 ulasan for "Tutorial Buat Banner Ruang Iklan "

  1. tutorial yg bagus ni...huhuhu...nt bila lappy KG dah sembuh..baru dpt buat semua benda2 mcm ni...

    BalasPadam
  2. wahhh.....terbaik.. terima kasih sis :)

    BalasPadam