Buah Sukun Baik untuk Diet Sihat? - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

25 June 2015

Buah Sukun Baik untuk Diet Sihat?

Diet Sihat Dengan Buah Sukun

Buah sukun? Anda kenal dengan buah ini? Buah sukun ini selalu dibuat goreng, kerepek, bingka dan lain-lain lagi. Gerai tepi jalan selalu jual sukun goreng ni. Sedap tau! Rasanya lemak-lemak gitu. Kalau gerai goreng2 ada jual sukun goreng ni, saya mesti beli. hehe
khasiat buah sukun
Pernah nampak pokok ini? Inilah pokok sukun. Selalu ditanam di tepi jalan raya kalau anda perasan
khasiat buah sukun
Bahagian dalam buah sukun
khasiat buah sukun
Buah sukun

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

Manfaat buah sukun untuk kesihatan diketahui sejak lama iaitu untuk mengubati berbagai macam jenis penyakit. Manfaat buah sukun sangat baik untuk dimakan bagi pengidap sakit jantung, ginjal, diabetes serta penderita penyakit hati, selain itu khasiat buah sukun juga melancarkan pencernaan serta menguatkan tulang dan gigi. Wah..banyak sungguh khasiatnya.

BUAH SUKUN SEBAGAI MAKANAN DIET

Apabila dibandingkan dengan pokok lainnya, buah sukun sememangnya memiliki banyak khasiat, dibandingkan dengan manfaat ubi jalar, ubi kayu, mahupun kentang, buah sukun memiliki kandungan karbohidrat dan protein yang lebih tinggi dan malah jika dibandingkan dengan beras, kandungan karbohidrat sukun juga setara, namun kalori sukun sangat rendah, sehingga sesuai dijadikan sebagai menu diet yang sihat.

KANDUNGAN BUAH SUKUN

Menurut kajian kandungan buah sukun juga sangat tinggi, baik mineralnya mahupun kandungan vitaminnya dan juga mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat penting bagi tubuh, terutama dari beberapa jenis asam amino esensial, seperti isoleusin, methionin, lysine, histidine, ryphophan, serta valin. Selain buahnya, daun sukun juga kaya dengan khaisat bagi kesihatan. Sebuah kajian merumuskan bahawa ekstrak daun sukun banyak mengandung betasitosero dan flavanoid yang mampu mengatasi penggumpalan rombosit yang melancarkan peredaran darah dalam jantung.

KHASIAT DAUN SUKUN

Bukan buah sahaja yang bagus, daun sukun pun ada kegunaan juga tau. Manfaat daun sukun sangat efektif untuk mengubati beberapa penyakit kronik seperti penyakit hati, hepatitis, sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa dan penyakit jantung. Khasiat daun sukun dalam mengubati berbagai macam penyakit tersebut disebabkan daun sukun mengandungi beberapa unsur seperti asam hidrosianat, asetilcolin, ribofavlin, tannin dan beberapa bahan lain. Secara saintifik, manfaat daun sukun juga bagus untuk mengatasi kerosakan ginjal. Melalui penelitian lain yang dilakukan mendapati bahawa daun sukun sangat berguna untuk mengubati penyakit kardiovaskular. Untuk mengubati penyakit ginjal, daun sukun direbus kemudian diminum airnya setiap hari secara rutin. Memang hal ini memerlukan disiplin dan kerana harus dilakukan secara rutin dan dalam jangka panjang. Untuk petua sembuh dari penyakit jantung, anda sebaik baiknya pilih daun sukun yang sudah berumur, kerana daun sukun yang telah berumur tua memiliki kandungan zat yang tinggi.

Yang penting amalkan makanan seimbang ye. Buah sukun ini adalah salah satu makanan yang baik untuk diet anda. Jadi tak salah kalau kita mencubanya. Rugi tak cuba ^_^




Nak tempah design?

6 comments:

  1. Sedapnya..mkn panas panas..atau buat kerepek sukon..terima kasih sharing info..

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya klu sukun goreng celup tepung yum yum.. huihui

    ReplyDelete
  3. ada masa suka buah sukun ni, ada masa tak. lagi lagi kalau kelat! hehehe

    ReplyDelete
  4. Wah nice sharing ! Lamanya tak makan sukun , dulu banyak la dekt rumah, lpastu dah tebang t.t takdapat merasa dah. yang pastii rasa kerepek , cucoq sukun mmg tak leh lupa rasa dia. emmm dapp ! tambah bulan puasa gini . Ya Allah....

    ReplyDelete
  5. banyak jugak manfaat sukun ni ek...bru tau pasal sukun..tapi suku goreng mmg sedap!!

    tq 4 sharing !

    ReplyDelete
  6. sedap nyer sukun goreng!
    sgt sedap!!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda