Tutorial Letak Facebook Page Plugin di Blog - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

09 June 2015

Tutorial Letak Facebook Page Plugin di Blog

Cara-cara letak/pasang Facebook Page Plugin di blog yang menggantikan Like Box Facebook page

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Like box Facebook page sebelum ini yang selalu kita lihat di kebanyakan blog, kini tiada lagi di Facebook Developer. Sebagai menggantikan like box tersebut, kita boleh menggunakan Page Plugin di blog.

Apa itu Page Plugin?

Fungsi Page Plugin sama seperti Like Box FB page yang dahulu kita selalu lihat di kebanyakan blog. Kenapa kita perlu letak Page Plugin di blog (bagi yang memiliki blog)? Tujuannya adalah untuk memberitahu dan mempromosikan page FB kita di blog juga untuk menambahkankan bilangan like page kita.

Ini adalah contoh Page Plugin yang ada di blog ini.
Page Plugin, like box facebook
Page Plugin 

Cara-cara untuk letak/pasang Page Plugin di blog

Ikuti langkah-langkah di bawah:


2. Akan keluar seperti gambar di bawah, masukkan url page FB anda ke dalam kotak yang dibulatkan. Kemudian klik enter.


3. Page Plugin untuk page FB kita akan keluar di bawahnya.


Anda boleh adjust width dan height mengikut kesesuaian. Tandakan mana yang anda rasakan perlu.

4. Jika sudah berpuas hati dengan hasil, klik butang 'Get Code' untuk mendapatkan kod yang perlu diletakkan di blog.

5. Copy kod di kotak bawah.

Kemudian paste kod tersebut di sidebar blog anda.

Caranya: Pergi ke dashboard blog > layout > add gadget > html/Javascript dan paste kod tersebut.

*Kod di petak atas tu, kalau nak letak pergi ke edit html kemdian cari dan paste kod selepasnya. Tetapi jika error, tak perlu paste kod tersebut.

Selesai.
Mudah kan :)
Selamat mencuba.


Nak tempah design?


6 comments:

  1. page bingkisan hati ramai likers. .

    ReplyDelete

  2. *Kod di petak atas tu, kalau nak letak pergi ke edit html kemdian cari dan paste kod selepasnya. Tetapi jika error, tak perlu paste kod tersebut.

    -kalau tak letak pun xde hal eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde hal..sebab mai pernah letak kod tu tapi error..pastu try letak kod yg bwh tu je, mmg jd.

      Delete
    2. better try dlu ye :)

      Delete
  3. tak jadi, saya ada masalah ID. tah lah tak paham langsung.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda