#Cabaran20Hari | Kuih Kegemaran Pada Bulan Ramadhan

Kuih kegemaran pada bulan Ramadhan

Setiap kali bulan Ramadhan, kuih-muih menjadi menu sampingan yang wajib ada ketika berbuka puasa. Kalau singgah di bazar Ramadhan, pelbagai jenis kuih dijual. Rambang mata nak pilih! Kuih yang tidak pernah dilihat dan rasa pun 'muncul' pada bulan puasa ni. 


Kuih limas dan popia goreng menjadi pilihan

Kuih limas dan popia goreng menjadi kuih kegemaran saya pada bulan puasa. Rasa kuih limas yang manis berlemak dan popia goreng bersira yang pedas manis membuatkan saya memilihnya sebagai menu sampingan yang wajib ada ketika berbuka puasa. Rasanya 'kena' dengan tekak.

Kuih limas juga dikenali sebagai tepung pelita. Anda kenal tak kuih limas ni?  Kuih ini ada dua lapisan, atasnya putih iaitu lapisan santan dan bawahnya adalah lapisan tepung dan air gula.
Kuih limas
Kredit foto: Malaysian Food Channel

Popia goreng pula, saya selalu buat popia goreng bersira atau berkeju (keju cheddar bersama sayuran racik). Cara membuatnya pun mudah. Sediakan bahan-bahan dan gulung popia serta buat kuah pada paginya, petang sebelum berbuka boleh digoreng. Sedap dimakan ketika masih panas. 
Popia goreng bersira
Kredit foto: Mingguan Wanita

{ 8 comments.. read them below or add one }

WWW.PUSATBORONGMALAYSIA.COM WWW.PUSATBORONGMALAYSIA.COM Julai 03, 2015
perghhhh sedap betol ni,,,, rasa nk mkan jugak
Eellee Nana Eellee Nana Julai 03, 2015
Baru tau kuih limas tu kuih tepung pelita rupanya :)
irra yyan irra yyan Julai 03, 2015
oiiii....sedapnyaaa....seb baek baru je pas makan,,,,
wanie yahaya wanie yahaya Julai 03, 2015
nampak sedap...follow blog saya juga...saya masih baru...tq...
http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/
NurFatihah Che Daud NurFatihah Che Daud Julai 04, 2015
Bestnye kuih tepung pelita...feveret tu....
sayidah napisah sayidah napisah Julai 06, 2015
kuih limas famousss kat perak hehee. kc dengan abi kc orang perak so suka sgt dengan kuih limas hehe
sayidah napisah sayidah napisah Julai 06, 2015
uittt sama lah kak irra hahaha
sayidah napisah sayidah napisah Julai 06, 2015
cari je kat bazaar.mesti dapat hehe

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)