Petua Jika Tercekik Tulang - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

31 July 2015

Petua Jika Tercekik Tulang

Petua Jika Tercekik Tulang

Petua Jika Tercekik Tulang

Tercekik tulang secara tiba-tiba membuatkan kita menjadi panik. Apa yang kita selalu buat apabila tercekik, spontan kita memasukkan jari ke dalam mulut untuk muntahkannya atau nak keluarkan sendiri tulang yang melekat itu. 

Berikut adalah cara yang kita boleh lakukan jika tercekik tulang:

1. Nasi atau pisang :

Kepal-kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Sebaiknya baca basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) dan 3 Qul dan bertawakal sambil makan pisang atau nasi kepal.

2. Madu :

Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.

3. Air basuhan tangan kita :

Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tu. InsyaAllah mujarab dengan izin Allah.

4. Minyak masak :

Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur-ansur reda.

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.


Sumber: Rahsia Hawa

Nak tempah design/customize blog murah?



5 comments:

  1. saya dulu pernah gak tercekik tulang. lepas dapat keluarkan tulang tu, sy cekik dia balik. padan muka dia......

    ReplyDelete
  2. Biasa dgr petua pertama tu je..mkn nasi kepal..yg lain2 baru tahu hr ni..hehe..tq :)

    ReplyDelete
  3. Selalu kalau tercekik buat yang nasi tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda