KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

04 August 2015

Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete

Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete

Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete

Pagi tadi buka Whatsapp nak check mesej. Tengok 'Chats' ada 4 je. Aikkk? Kenapa boleh hilang macam tu je? Pelik betul . . . Runsing sangat masa tu. Chat yang penting, group habis hilang. Kemudian terus buat carian di Google tentang cara nak restore chat yang hilang atau terdelete.

Caranya mudah je. Tapi restore tu hanya untuk chats 7 hari terakhir. 

1. Uninstall Whatsapp kemudian install semula Whatsapp pada telefon.
2. Buka Whatsapp di telefon, masukkan nombor telefon.
3. Kemudian akan keluar 'Message backup found!' . Klik butang 'Restore'
Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete
Klik butang 'Restore'
4. Semua chats yang lama, kurang 7 hari akan kembali. 

Perlu diingatkan bahawa Whatsapp akan membuat backup automatik pada pukul 4 pagi setiap hari. Jika chats yang di backup itu adalah chats yang ada selepas chats yang lama hilang, jangan risau anda boleh dapatkan chats yang lama. 

Caranya, pergi ke folder Whatsapp di telefon anda atau untuk lebih mudah sambungkan telefon anda dengan komputer. 

Folder Whatsapp > Folder Databases > Delete chats backup yang terbaru (lihat tarikh sebelum delete) 
Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete
Databases Whatsapp
Kemudian, anda perlu uninstall Whatsapp dan install semula Whatsapp di telefon. Masukkan nombor telefon anda dan klik butang Restore. Anda akan lihat chats yang lama muncul kembali. 

Untuk langkah berjaga-jaga, jika berlaku sesuatu pada telefon atau nak elakkan chats yang penting tiba-tiba hilang, anda boleh email chats. Caranya, buka Whatsapp > Settings > Chat Settings > Email chat. 

Untuk pertanyaan masalah atau cara-cara penyelesaian yang lain, sila ke Whatsapp FAQ.

Jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, jangan panik. Cari penyelesaiannya. 


Nak tempah design/customize blog murah?



Kongsikan

Artikel berkaitan

Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete
4/ 5
Oleh

Langgan melalui email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk melanggan.

20 komen

Tulis komen
avatar
4.8.15

Thank you for the tips. Berguna sangat. Lagi2 online seller macam saya ni

Reply
avatar
4.8.15

Tip yg brguna. kadang2 hp terhang dgn sndrinya. terunistall. lebih2 lagi byk group dlm wassap mmg berasap la hp.. hehehe. tq bingkisan hati..

Reply
avatar
4.8.15

thanks for the info...=)

http://anyshazwanie.blogspot.com/2015/08/insurgent-2015.html

Reply
avatar
4.8.15

Thanks sharing info..")

Reply
avatar
5.8.15

Pernah frust hilang semua chat dan catatan penting dalam whatsapp..

Reply
avatar
5.8.15

ohh ada cara rupanya. henpon ni selalu kt dia jadi macam tu

Reply
avatar
5.8.15

tq.. rupanya da cara ^_^

Reply
avatar
5.8.15

Terima kasih banyak-banyak, tak pernah menghampakan perkongsian awak ni. Maju terus! Moga diberkati-NYA. :)

Reply
avatar
7.8.15

setakat ni msg wassup tak pernah hilang lagi...myb sebab pakai kat hp baru, jadi kurang 'system-error'nya.
tapi, yang paling terasa bila msg dari kawan-kawan sebelajar tiba-tiba hilang.
huhu, da 2 kali da berlaku.
time tu da habis belajar...rasa mcm semua kenangan tu ilang..rasa nak menangis pun ada.
per-per hal pun, tips terbaik. thankz n bookmark post ni. hihi.
-blogspot : rawatankanser2013

Reply
avatar
29.9.15

Baru tahu.. thanks atas perkongsiannn ni

Reply
avatar
22.12.15

kalau mesej dh lebih 7 hari xdpt balik ke?

Reply
avatar
22.12.15

rasanya tak dapat dah..sebab whatsapp dah beritahu macam tu ^_^

Reply
avatar
8.3.16

kalauu backup guna pc/laptop pun boleh ka dapat balik smua chat tu ??

Reply
avatar
9.4.16

maksudnya dengan gambar sekali ke sis boleh dapat?

Reply
avatar
20.6.16

Klau yg Terdelete whatsapp tu boleh jugak ke buat mcm tu..??

Reply
avatar
20.6.16

maaf lambat reply..mungkin boleh dapat sekali gambar kalau gambar tu tak delete lagi dari handphone

Reply
avatar
20.6.16

boleh..asalkan tak delete database whatsapp dalam memori handphone

Reply
avatar
20.6.16

yang ni saya tak pasti tapi boleh cuba :)

Reply
avatar
30.8.16

Kalau terdelete whatsapp..group2 dlm tu hilang ke? Atau still ada bila install balik?

Reply
avatar
30.8.16

group tak hilang sebab kita tak exit group. cuma uninstall je

Reply

Terima kasih atas komen anda