Dosa yang Lebih Besar Daripada Zina - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

08 August 2015

Dosa yang Lebih Besar Daripada Zina

Dosa yang Lebih Besar Daripada Zina

taubat, solat, zina

Suatu senja, seorang wanita melangkahkan kaki mendekati kediaman Nabi Musa.
Setelah mengucapkan salam, dia masuk sambil terus menunduk.
Air matanya berderai tatkala berkata, “Wahai Nabi ALLAH, tolonglah saya. Doakan agar ALLAH mengampuni dosa keji saya”.
“Apakah dosamu wahai wanita?” Tanya Nabi Musa.
“Saya takut mengatakannya,” jawab wanita itu.
“Katakanlah, jangan ragu-ragu!”d esak Nabi Musa.
Maka perempuan itu pun dengan takut bercerita, “Saya telah berzina.” Kepala nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
“Dari perzinaan itu saya hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya cekik lehernya sampai mati,” lanjut perempuan itu seraya menangis.
Mata Nabi Musa berapi-api. Dengan muka yang berang dia mengherdik. “Perempuan celaka, pergi dari sini. Agar siksa ALLAH tak jatuh ke dalam rumahku. Pergi!!!!” teriak nabi Musa sambil berpaling karena jijik.

Hati perempuan itu bagaikan kaca dihempas ke batu, hancur luluh.
Dia menangis tersedu-sedu dan keluar dari rumah Nabi Musa.
Dia tidak tahu kepada siapa lagi harus mengadu. Bahkan dia tidak tahu ke mana harus melangkahkan kakinya. Apabila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana manusia lain bakal menerimanya?

Sepeninggalnya wanita tersebut, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak BERTAUBAT dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar dari itu?” Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?
Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?”
Tanyanya. “Ada!!!” Jawab Jibril dengan tegas. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada SERIBU kali berzina.”
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa memanggil wanita tadi, lalu berdoa memohon keampunan kepada ALLAH.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa penyesalan seakan menganggap remeh perintah ALLAH.
Sedangkan BERTAUBAT dan menyesali dosa dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai IMAN di dadanya dan yakin bahawa ALLAH itu ada.

Tausiah Ustaz Yusuf Mansyur

* Solat tiang agama. Jangan sesekali meninggalkannya dengan sengaja. Cinta dunia membuatkan kita leka dibuai permainannya. Sering kali kita melihat segelintir orang Islam yang tidak mengendahkan suruhan Allah. Tidak menunaikan solat, makan di khalayak ramai pada bulan puasa dan pelbagai lagi. Marilah kita muhasabah diri kita. Peringatan kepada saya dan anda semua.


Nak tempah design/customize blog murah?



6 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian maisarah :) jalan jalan blog :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih dgn perkongsian ini..:)

    ReplyDelete
  3. Solat tiang agama.
    Kejuruteraan pun membuktikan kuatnya tiang maka kuatlah sesebuah bangunan itu. Begitu juga dgn kehidupan manusia

    ReplyDelete
  4. Wow! nice perkongsian ni.... terima kasihh dear

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan ini ...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda