Mengapa Kita Mengambil Wudhu' Sedemikian Rupa? - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

10 August 2015

Mengapa Kita Mengambil Wudhu' Sedemikian Rupa?

KELEBIHAN MENGAMBIL WUDHU

Sepertimana yang telah diketahui, terdapat pelbagai fadhilat solat. Sebelum solat kita buat apa dulu? Mestilah berwudhu' kan? Wudhu' juga memiliki kelebihan. Apakah kelebihan berwudhu' ? Teruskan pembacaan anda.

Wudhu'

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
~ Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini”.
~ Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
~ Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
~ Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim”.
~ Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.."
~ Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita ditangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai rahsia di sebaliknya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhu' sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berwudhu' dengan membaguskan wudhu'nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya."
(HR. Muslim)


Nak tempah design/customize blog murah?



4 comments:

  1. Perkongsian yg menarik..^^

    ReplyDelete
  2. Moga dengan berwudhuk Allah gugurkan dosa dosa kecil pada anggota kita..dan kita bersolat dengan tenang.,tq sharing.,

    ReplyDelete
  3. islam byk berkias dalam amalan..supaya manusia menggunakan akal utk berfikir

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda