Resepi | Kek Batik Lapis Keju - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

29 August 2015

Resepi | Kek Batik Lapis Keju

Resepi | Kek Batik Lapis Keju

Sedapnya kek batik lapis keju ni! Memang sedap dan sesuai dimakan pada bila-bila masa yang anda inginkan. Cara penyediaannya amat mudah. Bahan-bahannya juga mudah didapati.

Jom cuba resepi kek batik lapis keju yang sedap dan menyelerakan ini.
Kek Batik Lapis Keju
Meleleh coklat dan keju. Sedap!

Kek Batik Lapis Keju

Bahan-bahan

1 paket biskut Marie
1 cawan Vico
1/2 cawan air suam
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko
Sebiji telur
250 gram Buttercup
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara membuat kek batik lapis keju:

1. Masukkan 250g cream cheese dan 1/2 cawan susu pekat manis ke dalam bekas adunan dan kacau hingga sebati. Boleh pukul adunan guna tangan, blender atau mixer. Apabila sudah siap, ketepikan adunan.

2. Masukkan vico, air suam, susu pekat manis, serbuk koko dan telur. Kacau sebati. Kemudian masak adunan ini dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau.

3. Masukkan Buttercup sedikit demi sedikit, sehingga habis. Teruskan kacau sehingga betul-betul sebati, tidak nampak ketulan Buttercup. Apabila adunan telah sebati, tutup api.

4. Biskut Marie direndam seketika di dalam adunan coklat. Kemudian susun di dalam loyang dan padatkan. Tuang sedikit adunan coklat dan ratakan.

5. Lapisan seterusnya, tuang sedikit adunan cream cheese di atas lapisan biskut tadi. Ratakan.

6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga biskut dan adunan habis. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan selepas beberapa jam.


Kek batik lapis keju yang dah siap.  Sedapnya!
Kek Batik Lapis Keju

Meleleh-leleh kejunya . . . ummphhhh
Kek Batik Lapis Keju

Selamat mencuba!


Nak tempah design?



10 comments:

  1. Meleleh air liur tengok gamabr ni..sedapnya, sarah..

    ReplyDelete
  2. My brotha fav cake! ;)

    ReplyDelete
  3. melelh liur tengok kek sarah ni..

    ReplyDelete
  4. sedap. semalam saya ade buat, tp belum sempat sejuk adik sy dah bedal dulu hahaah.

    ReplyDelete
  5. Urrgghhh terus sakit perut ena.. kelaparan balik.. sedapnyaa.. resepi baru ni, kena try... selama ni buat yg biasa2 je

    ReplyDelete
  6. Wow nampak sedap tu

    ReplyDelete
  7. Emmm sedapnyaaa!!! Arisha siap sedia click "bookmark" takut lupa nak refer mana nanti.

    ReplyDelete
  8. Menyelerakan betul...

    ReplyDelete
  9. sedapnyeeeee...feveret ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda