Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tangisan Sebatang Tamar Kerana Rasulullah

Tangisan sebatang tamar kerana Rasulullah

Tangisan sebatang tamar kerana Rasulullah

Mengapa pokok tamar atau kurma ini menangis kerana Rasulullah ﷺ ?

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah ﷺ beratap pelepah pokok tamar atau kurma. Jika Rasulullah ﷺ berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pokok tamar. Oleh kerana jumlah umat Islam bertambah ramai, maka dicadangkan dibina mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah ﷺ ketika berkhutbah.

Cadangan Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra supaya dibina mimbar yang baru diterima Rasullulah ﷺ. Lalu para sahabat pun membuat mimbar daripada kayu yang mempunyai 3 anak mata tangga. Apabila mimbar yang baru itu siap, Rasulullah ﷺ pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut, malah Nabi merasa selesa dengan mimbar yang baru itu lalu tidak menggunakan lagi batang tamar yang sering Baginda gunakan sebelum ini.

Namun, ketika Rasullullah ﷺ menggunakan mimbar baru itu, kedengaran suara rintihan seperti tangisan unta kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat hingga menggoncangkan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.

Rupa-rupanya, suara tangisan sedih itu datangnya daripada batang pokok tamar usang yang dulunya sering kali digunakan oleh Rasullullah ﷺ.

Rindu Rasulullah ﷺ

Pokok tamar yang jaraknya hanya beberapa meter dari Rasulullah ﷺ tidak mahu berjauhan dengannya. Bagaimana dengan kita sebagai umatnya? Adakah rindu sekadar di mulut sahaja? Adakah hanya ketika sambutan maulidur rasul sahaja? 

Baginda Nabi Muhammad ﷺ adalah pemberi syafaat kepada kita umatnya di akhirat kelak. Bagaimana cinta dan rindu kita terhadap baginda? Berapa banyak selawat ke atsa baginda yang dialunkan setiap hari? Bagaimana dengan amalan sunat kita?

Marilah kita memperbanyakkan selawat terhadap junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dan sentiasa berdoa moga dapat bertemu baginda dan memperoleh syafaatnya di akhirat kelak. InsyaAllah.


Tangis Sebatang Tamar

Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya



Lagu: Daqmie (Nasyeed Edutainment Publishing)
Lirik: ITO Lara (Wahyu Suci Productions)
Susunan muzik: Alfa Booty
Programming: Alfa Booty
Drum: Ujang
Perkusi: Rumie Booty
Bass: Kelly
Gitar: Aznan Alias

Ilham daripada Shafiqolbu

Nak tempah design/customize blog murah?



2 ulasan for "Tangisan Sebatang Tamar Kerana Rasulullah"

  1. Best lagu ni, nani suka dengar :)

    BalasPadam
  2. Jom kita ringanksn lidah dan mukut nekafaz selawat ke atas kekasih Allah ini..

    BalasPadam