Tutorial | Tukar Nama Page Facebook - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

17 August 2015

Tutorial | Tukar Nama Page Facebook

Tutorial | Cara-cara tukar nama Page Facebook

Akhir-akhir ini banyak page Facebook telah bertukar nama. Pelik, senangnya nak tukar sebab setahu saya hanya page yang mempunyai 'likers' 200 ke bawah sahaja boleh tukar. Rupa-rupanya, memang boleh tukar nama page di Facebook tanpa menggunakan bantuan aplikasi luar. Saya pun ambil peluang ini untuk menukar nama page. 

Untuk pengetahuan anda, Facebook Blog Bingkisan Hati sudah pun betukar nama ke MaisarahSidi.com. Tujuannya untuk penjenamaan semula.

Bagi yang belum tahu, kali ini saya nak kongsikan cara-cara menukar nama page Facebook dengan mudah.

Ikuti cara-cara untuk menukar nama Page Facebook:

1. Login Facebook dan pergi ke page anda. Kemudian klik 'About' seperti dalam gambar.
Contoh diambil sebelum page Blog Bingkisan Hati bertukar nama.

Cara-cara tukar nama Page Facebook


2. Setelah klik 'About' , akan muncul 'Page Info' . Lihat pada 'Name' dan klik 'Edit' untuk menukar nama seperti yang diinginkan. Kemudian klik 'Save Changes'. Jika berpuas hati. Klik 'Request Change'. 

Cara-cara tukar nama Page Facebook


3. Selepas itu, akan keluar seperti ini. Tandakan pada kotak itu, kemudian pilih opsyen untuk page anda. 
Cara-cara tukar nama Page Facebook

 4. Setelah memilih opsyen yang sesuai untuk page anda, akan keluar peringatan seperti dalam gambar. Baca dan fahamkan. Kemudian tandakan kotak itu.
Cara-cara tukar nama Page Facebook


5. Selepas tanda kotak tadi, akan keluar seperti ini. Pilih sebab tukar nama page. Kemudian, tandakan kedua-dua kotak di bawah itu, seperti dalam gambar.

Cara-cara tukar nama Page Facebook

Nama page akan bertukar selepas 7 hari setelah dapat kelulusan dari pihak Facebook. Bergantung kepada nama yang ingin ditukarkan. Jika nama yang baru jauh berbeza dengan nama yang lama, mungkin akan ambil masa lebih lama.

Nama yang berjaya ditukar akan diberitahu melalui email. 

Selesai. Selamat mencuba!


Nak tempah design/customize blog murah?



13 comments:

  1. Singgah petang... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah :)

      Delete
  2. Kak Sha pun dah edit nama blog baru-baru ni. Baik pulak FB bagi option tukar nama fb page ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..sebelum kalau nak tukar kemain payah..haha

      Delete
  3. Nice tutor... Dah tukar juga page bisnes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah kak maria dah tukar page :)

      Delete
  4. Dah berjaya tukar juga..nsib admin fb approved kan

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay kak lynda..kita geng..hehe

      Delete
  5. Perkongsian menarik, lepas ni nak tukar nama Fb page jugak..

    Thanks maisarah..

    ReplyDelete
  6. good info, boleh rupanya. tq

    ReplyDelete
  7. Terbaek.. ingat kalau dh lebih 200 like dh x dpt tukar nama. hehe.. tq 4 info..


    Jemput singgah "Mencari Blogger Untuk Review Produk"

    ReplyDelete
  8. akak beli page orang lepas tu tukar jadi page sendiri..hehhe

    ReplyDelete
  9. Wow... banyak betul tutorial kat sini. Jenuh nak paham satu-satu.

    Anyway sapam perkenalan dari Bapak Blogger ye

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda