Balasan Bagi Orang yang Meninggalkan Solat - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

04 September 2015

Balasan Bagi Orang yang Meninggalkan Solat

Balasan Bagi Orang yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

balasan tinggal solat, maisarahsidi.com

Jom buka minda kita tentang solat. Solat adalah rukun Islam yang kedua. Solat merupakan tiang agama. Haaa...jika tak solat, maka dia meruntuhkan segala-gala yang berkaitan dengan agama. Sebagaimana sabda Nabi salallahu 'alaihi wasallam:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ.


Maksudnya: Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad.


Solat lima waktu adalah wajib dilaksanakan. Walaupun lima waktu sahaja dalam sehari, ramai yang tidak dapat menyempurnakannya. Solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti. Nabi salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang diperjelaskan oleh Abu Hurairah radhiallahu’anh:


إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ

فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ...


Maksudnya: Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung...

Jadi, jom sama-sama kita memberi perhatian terhadap solat wajib lima waktu kita. 


Balasan bagi orang yang meninggalkan solat


Subuh : sekali meninggalkannnya, dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun di akhirat (60 000 tahun di bumi).

Zohor : sekali meninggalkannnya, dosanya sama seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar : sekali meninggalkannnya, dosanya sama seperti orang yang meruntuhkan Ka'abah.

Maghrib : sekali meninggalkannnya, dosanya sama seperti berzina dengan ibunya sendiri jika dia lelaki dan jika dia perempuan sama seperti dia berzina dengan bapanya.

Isyak : sekali meninggalkannnya, Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia

  • Allah kurangkan keberkatan umurnya. 
  • Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. 
  • Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. 
  • Doanya tertolak. 
  • Hilang cahaya soleh dari wajahnya. 
  • Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
Seksaan Ketika Sakaratul Maut
  • Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
  • Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. 
  • Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya. 
  • Kuburnya akan digelapkan. 
  • Allah akan menyeksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.
Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
  • Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. 
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
  • Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka

___________________________________________________________________________________

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG


Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu solat zuhur dengan asar (solat di akhir waktu zohor dan diikuti solat asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut:

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan solatnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:

" Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam

# Bersama-sama menjaga solat kita. Orang yang berjaya adalah orang yang solat pada awal waktu.
   Peringatan untuk diri sendiri juga.


Sumber: nota zaman sekolah dulu.
            Masjid Wilayah
            ebook Beberapa Persoalan Solat
            aki2004




6 comments:

  1. Allah, nauzubillahiminzalik..

    ReplyDelete
  2. In sha Allah sama-sama ingat mengingati..

    ReplyDelete
  3. nauzubillah. semoga dijauhkannn :)

    \#jemput ke blog buruk saya yee nanti. peaceee :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih dengan perkongsian jumaat ini..alhamdulillah..ulangkaji sama sama..kerana syurga itu mahal..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda