Resepi | Agar-agar Santan - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

26 September 2015

Resepi | Agar-agar Santan

Resepi Agar-agar Santan

Agar-agar santan yang sedap berlemak, mudah untuk membuatnya. Saya pasti ramai dah tahu resepi ini. Tapi saya nak kongsi juga resepi agar-agar santan yang mudah ini :)

agar-agar santan

Agar-agar Santan

Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air
1 cawan gula merah
Setengah cawan gula
2 cawan santan pekat
1 biji telur ayam

Cara Membuat

1. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula merah dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Gaulkan telur dan santan sehingga sebati. Kemudian tapiskan.
4. Masukkan santan dan kacau. Biarkan mendidih seketika.
5. Angkat adunan dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan.
6. Sejukkan beberapa jam. Potongkan semasa menghidang.

Siap. Selamat mencuba!



4 comments:

  1. Sedap kak buat minum petang. Tambah sedap lagi bila sejuk terus makan. Hehe mama Arisha selalu buat puding pandan bersantan. Kiranya tiap kali ada majlis or hari raya pasti buat sebab kegemaran kami sekeluarga selain drpd puding gula hangus @ karamel.

    ReplyDelete
  2. sedap! tq for sharing resepi ni..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,kalau guna agar2 kering boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..boleh rasanya. tapi kalau nak lebih mudah, guna serbuk je :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda