Resepi | Kek Batik Lembap, Rangup di Dalam - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

15 September 2015

Resepi | Kek Batik Lembap, Rangup di Dalam

Kek Batik Lembap, Rangup di Dalam

kek batik lembap

Bahan-bahan:

1 paket biskut Marie
1 cawan Vico
1/2 cawan air suam
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko
Sebiji telur
250 gram Buttercup
1 cawan cornflakes yang telah diramas sedikit (atau mengikut kuantiti yang anda suka)
Choc chip dan coklat tabur (sebagai hiasan)


Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan vico, air suam, susu pekat manis, serbuk koko dan telur. Kacau sebati. Kemudian masak adunan ini dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk elakkan daripada hangus.

2. Masukkan Buttercup sedikit demi sedikit, sehingga habis. Teruskan kacau sehingga betul-betul sebati, tidak nampak ketulan Buttercup. Apabila adunan telah sebati, tutup api.

3. Biskut Marie direndam seketika di dalam adunan coklat. Kemudian susun di dalam loyang dan padatkan. Tuang sedikit adunan coklat dan ratakan. Selepas itu, tabur cornflakes di atasnya.

4. Ulang langkah 3 sehingga biskut dan adunan habis. Lapisan atas sekali, tabur sedikit choc chip. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan selepas beberapa jam.


Selamat mencuba!


6 comments:

  1. kegemaran anak2 ni..mudah je nak membuat nya..

    ReplyDelete
  2. macam mudah aje... nak cuba laa... kena beli susu pekat manis dulu...

    ReplyDelete
  3. Sedap sedap. Fav sy ni tapi guna milo

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda