Resepi | Puding Marble Sedap - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

22 September 2015

Resepi | Puding Marble Sedap

Puding Marble Sedap

Selalu nampak puding ni dijual di bazar Ramadhan. Rasanya pun sedap. Mudah nak buatnya.

Ini puding marble yang saya buat sendiri . . .
puding marble

Jom cuba resepi mudah ni, resepi daripada Chef Hanieliza...

Puding Marble

Bahan-bahan 

10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
4 cawan air
2 cawan gula
1 tin susu cair (400 mililiter)
1 cawan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko dibancuh dengan 1 sudu makan air suam

Cara membuatnya

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Bancuhkan susu cair dengan tepung kastard, kemudian tapiskan.
3. Masukkan bancuhan kastard ke dalam agar-agar yang telah dimasak tadi.
4. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Masukkan bancuhan serbuk koko ke dalam satu bahagian, kacau dan masakkan sehingga pekat.
5. Sendukkan adunan coklat ke dalam acuan.
6. Lapiskan adunan kuning (kastard sahaja) ke atas adunan coklat tadi. Biarkan keras seketika.
7. Lapiskan sehingga semua adunan habis.

Selamat mencuba!


3 comments:

  1. Sedapnyaa :) Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)

    ReplyDelete
  2. slmt hari raya.. dah lame x wt puding, huhu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...sedapnya tgk .....nanti nak buat lahh..hihii
    jom masuk bloglist Belog Best yaya... :)

    http://www.yayacendana.com/2015/09/senarai-belog-best-de-yaya-cendana.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda