Tadom Hill Resorts, Destinasi Percutian Sempurna

Tadom Hill Resorts Selangor, Destinasi Percutian Sempurna

Melihat gambar di bawah ini, pada mulanya saya fikir tempat yang cantik ini terletak di luar negara. Ternyata jangkaan saya meleset. Rupa-rupanya tempat percutian semulajadi yang indah ini hanya terletak di Banting, Selangor.

Tadom Hill Resorts Selangor

Untuk merasa kelainan dalam percutian anda, bolehlah datang ke Tadom Hill Resorts. Anda akan rasa seperti berada di hutan yangsering dilihat diluar negara. Nyaman, sejuk, ketenangan dan kedamaian, semuanya boleh didapati di sini.

Aktiviti berkhemah memang bagus dijalankan di sini sambil mengkaji alam. Selain berkhemah, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Keunikan dan kecantikan Tadom Hill Resorts ini menjadi tarikan pengunjung.

Tadom Hill Resorts Selangor

Tadom Hills Resorts terletak hanya 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur. Tadom Hill Resorts merupakan kawasan perkhemahan dan riadah ‘wajib’ pergi buat mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi.

Dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah, kawasan ini difahamkan baru dibuka dan beberapa daya tarikan lain sedang dalam proses pembinaan.

Konsep buluh di Tadom Hill Resorts yang Menjadi Keunikannya

Tadom Hill Resorts berkonsepkan buluh. Ini adalah salah satu sebab yang menjadi tarikan pengunjung untuk merasai 'hidup' dengan buluh. Buluh digunakan dalam pelbagai kegunaan termasuklah bilik tidur.
Tadom Hill Resorts Selangor

Kawasan rehat yang berkonsepkan buluh, menyerlahkan lagi keunikan Tadom Hill Resorts.

Buat masa ini ada 3 jenis pakej ‘tempat tinggal’ yang disediakan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Vip Bamboo Hut. Sebelum anda ke sana, diingatkan supaya memeriksa dahulu di laman web mereka Tadom Hill Resorts. Takut banyak yang dah penuh. 

Tadom Hill Resorts Selangor

Tadom Hill Resorts Selangor

Tadom Hill Resorts Selangor

Memang cantik dan menenangkan fikiran!

Air yang berwarna seakan-akan turquoise sangat mengasyikkan. Membuatkan kita terpana dengan keindahan di situ. Di sini, kita boleh berakit dengan rakit yang dihasilkan daripada buluh. Selain itu, anda juga boleh bergayut dan terjun seperti tarzan!

Tadom Hill Resorts Selangor

Lokasi Tadom Hill Resorts di Perkampungan Orang Asli

Difahamkan kawasan Tadom Hill Resorts ini dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil hutan. Patutlah Tadom Hill Resorts nampak unik dan cantik!

Tadom Hill Resorts Selangor

Antara yang turut serta . . .
Tadom Hill Resorts Selangor

Tadom Base Camp


Ini adalah Tadom Base. Sangat seseuai bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak. Terdapat 4 zon disediakan untuk anda cabar ketahanan mental dan fizikal diri sendiri.

Tadom Hill Resorts Selangor

Tadom Hill Resorts Selangor

Sangat menarik dan mengujakan!

Bayaran Masuk dan lokasi Tadom Hill Resorts

harga bayaran masuk Tadom Hill Resorts
Harga bayaran masuk Tadom Hill Resorts
Untuk maklumat lanjut tentang Tadom Hill Resorts, anda boleh menghubungi mereka:

Tadom Hill Resorts
Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
 +603 7986 0076
info@tadomhillresorts.com

Untuk lebih lanjut tentang tempat dan aktiviti serta tawaran yang disediakan, sila ke laman web:

Apa tunggu lagi! Jom ke sana untuk merasai sebenar-benar percutian.






{ 11 comments.. read them below or add one }

Azlinda Azman Azlinda Azman September 10, 2015
bestnya.. nak try terjah jugak la nanti

www.azlindaazlin.com
PeRdU cINta PeRdU cINta September 10, 2015
sangat menarik..pastinya bebas dari pencemaran..terutama asap vape..hehehe..sekarang sangat sukar nak cari tempat yang bebas dari asap vape..
Sally Samsaiman Sally Samsaiman September 10, 2015
skrg ni orang tgh ramai...rasanya lepas dah reda sikit baru nak g sana kot..hihi
Roziah Muhammad Nor @ Cie Roziah Muhammad Nor @ Cie September 10, 2015
syoknya. cantik la. aktiviti mencabar tuh.
muja muja September 10, 2015
haisyyyy.. tak gi honeymoon lagi.. macam sesuai je kat sini.. kalau untuk honeymoon yang adventure.. sesuai nih.. boleh ke? hahaha
Maria Firdz Maria Firdz September 10, 2015
Dekat je.. Boleh cuba juga nih..
cara daftar unifi online cara daftar unifi online September 12, 2015
tak sangkan banyak gak tempat menarik kt selangor...

maksud tempat yg bukan shopping complex
DzuHata DzuHata September 13, 2015
saya dah pergi... memang menarik tempat ni... recommended sesangat
http://blog3kaki.blogspot.my/2015/09/tadom-hill-resort-banting-weekend.html
Adam Shah Adam Shah November 29, 2015
Boleh nak tanye something? Aktiviti yang disediakan semua still ada bayaran ke? Macam rakit, jacket keselamatan, berayun macam tarzan?
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 10, 2015
Untuk khemah , tempat untuk bbq dan tikar ada bayaran lain . Tapi not sure berapa

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)