KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

12 November 2015

Bahaya Minuman Berkarbonat yang Diremehkan

Bahaya Minuman Berkarbonat Terhadap Kesihatan

Memang telah diketahui umum bahawa air berkarbonat yang juga disebut sebagai minuman bergas adalah bahaya terhadap kesihatan kita. Tapi kini ramai yang mengambil minuman ini sebagai minuman harian. Mungkin disebabkan harganya yang murah, rasa atau warna yang menarik membuatkan seseorang itu suka dan ketagih dengan air ini.


Ketagih dengan air berkarbonat? Ya, memang ada yang ketagih dengan air ini. Diingatkan sekali lagi, air berkarbonat bahaya terhadap kesihatan.

Apa yang membuatkan minuman berkarbonat ini memberi kesan buruk kepada kita?
  • Minuman berkarbonat mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. 
  • Minuman berkarbonat juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit. 
  • Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman berkarbonat yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut. 
  • Minuman berkarbonat juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.
Mungkin ada yang berkata, "Tak mati pun minum air bergas ni, kalau nak mati tu, dah ajal kan". Apabila bercakap soal mati tiada siapa yang boleh menghindari perkara ini. Semua yang hidup pasti merasai mati. Apa yang penting adalah mencegah sebelum terlambat.

Awas jika ketagih dengan air berkarbonat ini. Pelbagai penyakit datang tanpa kita sedari. Berfikirlah sebelum membeli. Cegah sebelum terlambat. Banyak makanan sihat yang lain lagi boleh kita ambil.


Kongsikan

Artikel berkaitan

Bahaya Minuman Berkarbonat yang Diremehkan
4/ 5
Oleh

Langgan melalui email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk melanggan.

16 komen

Tulis komen
avatar
12.11.15

alhamdulillah la...
diri ini jarang² sekali minum...

Reply
avatar
12.11.15

Info yang menarik...dah la selalu minum air berkarbonat

Reply
avatar
12.11.15

Ena kalau minum mesti tak habis.. Tak minat sangat air karbonat ni..

Reply
avatar
12.11.15

ye betul tuh, tak elok untuk kesihatan. kencing manis

Reply
avatar
12.11.15

jarang sangat dah minum, tapi 100 plus minum jugak, masa demam dan sakit kepala

Reply
avatar
12.11.15

Alhamdulillah dah dekat 3 bulan tak minum air gas langsung.. padahal sebelum ni bukan main hantu Pepsi tu..!! hehehehee.. semoga berterusan lah perubahan ni.. :)

Reply
avatar
12.11.15

tapi sedap T_T
huhuhu nasibaik minum sebulan beberapa kali je eheheheheh

Reply
avatar
12.11.15

sesekali ada jugalah minum..tapi dah kurang sangat..sebab dah tau tak elok....

Reply
avatar
Ez
13.11.15

huhu. . .sometimes minum =D

Reply
avatar
16.11.15

Dah tahu air tu bahaya..
Tapi kekadang tetap minum jugak..
Hehee

Reply
avatar
16.11.15

So far alhamdulillah...takde la ketagih ke ape...tapi kadang masa teringin minum jugak laa..hihihi :D

Reply
avatar
19.11.15

Saya pernah gastrik sampai tisu perut koyak di hakis. Sb dlu everyday saya minum coca-cola. Alhamdulillah, lepas tu dh tak minum sangat huhu

Reply
avatar
19.11.15

jemput singgah ke second blog yanie http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/ :)

Reply
avatar
19.11.15

http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/

Reply
avatar
3.12.15

alhamdulillah,, tengs for sharing ;)

Reply
avatar
6.3.16

wawa tak suka minum air karbonat ni..")

Reply

Terima kasih atas komen anda