Kenapa Aku Diuji Sebegini? - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

09 November 2015

Kenapa Aku Diuji Sebegini?

Kenapa Aku Diuji?

Setiap manusia di muka bumi ini pasti menghadapi pelbagai ujian dalam hidup. Daripada sekecil-kecil ujian sehinggalah menghadapi ujian yang paling besar dan rumit. Namun, setiap ujian ini perlu dihadapi dengan sabar dan tabah.

Kenapa aku diuji? Ingatlah bahawa setiap nikmat dan ujian adalah daripada Allah. Pasti ada sebab mengapa Allah memberi kita peluang untuk merasai nikmat dan ujian. Ujian yang diterima bukan sahaja yang berbentuk kesusahan. Ujian di dalam kesenangan juga ada. Sebagai contoh, seseorang yang hidup mewah lupa akan perintah dan suruhan Allah. Mungkin kita sendiri tidak sedar itu juga adalah ujian bagi kita. Ketahuilah bahawa ujian diberikan supaya kita terus ingat kepadaNya.

ujian, diuji, cabaran, dugaan


Kita selalu tertanya-tanya atau bermonolog tentang itu ini. Mengeluh dengan ujian yang sedang dihadapi. Semuanya telah tertulis dalam kitab suci al-Quran. Ada sesuatu disebalik setiap ujian yang Allah berikan.

KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut: 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

BAGAIMANA MENGATASI RASA PUTUS ASA?
Surah Al-Imran ayat 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
Surah Yusuf ayat 87
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir.”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP ?
Surah Al-Imran ayat 200
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”

APAKAH ADA JALAN PENYELESAIAN?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46
”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.”

SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
Surah Ali Imran: 173
“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Allah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgahsana) yang agung.”

APA BALASAN ATAU HIKMAH DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

*Semoga kita tetap tabah menghadapi ujian, dugaan dan cabaran hidup. Yang penting kita perlu sentiasa bersyukur. InsyaAllah, Allah bersama kita. Amin ya rabb.


8 comments:

  1. teruskan bersangka baik pd Allah. susah itu ujian, senang itu pun ujian. ujian tanda Allah syg

    ReplyDelete
  2. ujian tanda sayang.. Allah dah jawab setiap satu persoalan kita dalam kalamNya yang Agung

    ReplyDelete
  3. Allah uji tanda sayang ^^

    ReplyDelete
  4. Allah menguji sebab Dia sayangkan kita. Supaya kita terus mengingatiNya. Jangan lalai.

    ReplyDelete
  5. sujud pada Dia, in shaa Allah semua masalah akan hilang. yang penting YAKIN.

    ReplyDelete
  6. khusnudzon wajib bagi seorang muslim..lagian setahu saya ujian selalu masih di dalam kapasitas kemampuan kita sob

    ReplyDelete
  7. Allahu...subhanAllah..

    ReplyDelete
  8. Allah menguji umatnya untuk mengangkat derajat umatnya tersebut. Subhanallah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda