Makanan Kesukaan Nabi Muhammad - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

06 November 2015

Makanan Kesukaan Nabi Muhammad

Makanan Kesukaan Nabi Muhammad

Makanan yang Nabi Muhammad suka makan ini semuanya ada khasiat dan kelebihannya tersendiri. Apakah antara makanan yang menjadi kesukaan baginda Rasulullah?

makanan sunnah

Antara makanannya adalah:

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (semua jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Sebagai rawatan kulit dan rambut. Selain inti ia juga melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran Itali)

12. Air kosong – Minuman terbaik untuk tubuh.

Makanan yang menjadi kesukaan Rasulullah ini mudah didapati di sekeliling kita. Jom sama-sama amalkan makanan sunnah ini. Semoga kita bersama mendapat manfaat daripadanya di samping mengamalkan sunnah Rasulullah sekali gus menambah rasa cinta terhadap baginda Rasulullah. InsyaAllah.


5 comments:

  1. kena praktik makan semua tu, ada yang memang suka sangat ada yang tak makan pun. apa pun terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. semoga kita jadikan amalan dlm pemakanan sehrian, kan

    ReplyDelete
  3. kurma dengan madu je yang tekak ni tak berapa suka..yang lain memang a bedal je..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda