Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apabila Allah Menguji HambaNya

Apabila Allah Menguji HambaNya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kadang-kadang kita merasakan bahawa masalah yang sedang dihadapi adalah dugaan terbesar daripada Allah. Kita rasa sebegitu kerana masih belum jumpa jalan keluar daripada masalah tersebut. 

Ada tujuan Allah menguji hambaNya. Antaranya supaya kita sentiasa ingat dan jaga Allah, rajin berfikir tentang cara atasi masalah dan gunakan akal dengan sebaik-baiknya, supaya kita jadi lebih matang pada masa akan datang dan yang paling penting sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

ujian, dugaan

Apabila engkau memandang segalanya dari TuhanMu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan, kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.

Jom dengarkan Dugaan Kasih nyanyian Haikal



2 ulasan for "Apabila Allah Menguji HambaNya"

  1. Betul tu. Sesungguhnya ujian itu indah sebenarnya sebab ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam