Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rezeki yang Hadir Tidak Seperti yang Diharapkan

Rezeki yang Hadir Tidak Seperti yang Diharapkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. InsyaAllah.

Rezeki. Apabila bercakap soal rezeki, rata-rata semua manusia yang hidup di muka bumi ini mencarinya setiap saat, jam dan hari. Namun, adakah berbaloi dan setimpal dengan usaha kita untuk mendapatkan rezeki yang dicari? Atau rezeki yang diingini lambat tiba? Jangan pernah mengeluh dengan rezeki kita. Hasil yang kita dapat setelah usaha telah ditetapkan Allah. Jalan terbaik adalah bersyukur dengan setiap pemberianNya.

rezeki

Setiap hari kita berdoa dan meminta kepada Allah agar dimurahkan dan diluaskan rezeki. Rezeki seperti harta yang banyak, kerja bagus, makanan sedap, keputusan peperiksaan yang cemerlang, mendapat zuriat dan lain-lain lagi. Tetapi rezeki yang hadir tidak seperti yang diharapkan. Sekali lagi, jangan mengeluh sebaliknya bersyukur kerana itu adalah ketetapan Allah kepada hambaNya. Mungkin sediakan sesuatu yang lebih baik buat kita.

Pernah rezeki yang hadir tidak seperti yang diharapkan? Saya juga pernah. Bukan sekali dua. Yang penting sentiasa usaha dan tidak putus asa serta bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. Allah lihat setiap usaha hambaNya.

Antara perkara yang membuka laluan rezeki:
  • Solat awal waktu
  • Jangan derhaka dengan ibu bapa
  • Jangan bergaduh dengan saudara-mara
  • Rajin bantu orang
  • Rajin bersedekah
  • Berselawat ke atas Nabi Muhammad
  • Sentiasa berzikir, boleh amalkan 7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki
  • Tidak mengungkit pemberian
  • Rajin berpuasa sunat
  • Menunaikan haji bagi yang mampu (tidak akan papa kedana orang yang menunaikannya)
  • Sentiasa solat sunat Dhuha
  • Jangan tidur selepas solat subuh
  • Selalu baca Surah Al-Waqiah
  • Sentiasa bersyukur
  • Rezeki ada dalam perkahwinan
dan lain-lain lagi.

Semoga saya dan anda sentiasa muhasabah diri. Rezeki yang dicari bukan untuk diri sendiri sahaja, lebih bagus dirasai bersama. Rezeki Allah datang tepat pada waktunya, tidak ada lambat atau cepat kerana Allah tahu bila kita benar-benar bersedia terima rezeki itu.


2 ulasan for "Rezeki yang Hadir Tidak Seperti yang Diharapkan"

  1. Betul, jangan pernah berhenti berharap dengan rahmat Allah, kerana rahmat Nya melebihi segala-galanya

    BalasPadam
  2. Hmm...moga saya dapat melaksanakan tips yang dikongsi =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.my/

    BalasPadam