Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kulit Cantik, Licin dan Sihat dengan OLĕS Skincare, Bebas Daripada Bahan Berbahaya!!

Oles Skincare Bagus Untuk Kulit Wajah

Dipasaran sekarang ni macam-macam lambakan produk kecantikan khusus untuk penjagaan wajah. Kalau silap pilih bukan CANTIK yang dapat tapi MUDARAT yang melekat kat muka!.

Kita kena bijak memilih produk-produk yang nak pakai kat muka. Sayang muka cantik-cantik silap pakai terus jadi hodoh.

Ini ada satu produk terbaru dipasaran yang dijamin 100% BEBAS BAHAN BERBAHAYA! OLĕS Skincare, tanpa Bantuan Merkuri, Hydroquinone, Paraben dan sebagainya yang memberi kesan negatif terhadap kulit.

Apa itu OLĕS Skincare?

Meh sini nak cerita sikit. OLĕS Skincare ini adalah produk kecantikan premium hasil dari formulasi antara Radius Beauty Sdn Bhd dengan kerjasama sebuah makmal R&D bertaraf antarabangsa yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

OLĕS Skincare

OLĕS dibuat sepenuhnya di Malaysia hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang berterusan serta kajian makmal dan ujipakai diwajah manusia terhadap bahan kandungan yang bermutu tinggi dan berkualiti premium. Maknanya produk OLĕS skincare ni adalah bertaraf antarabangsa!

Set OLĕS skincare

Untuk pengetahuan anda, OLĕS skincare didatangkan dalam dua set berbeza dari segi formulasi iaitu Set Merah untuk kulit normal/ kering/ jeragat dan Set Oren untuk kulit berminyak/ jerawat/ sensitif.

Set OLĕS Skincare

Anda yang ingin menggunakan OLĕS dinasihatkan untuk mengetahui kategori kulit wajah masing-masing yang manakah yang sesuai untuk digunakan. Penting supaya dapat kesan optimum pemakaian produk OLĕS skincare.

Produk (5 dalam 1) OLĕS skincare dan Fungsinya

Bukan 1 tapi 5 produk ada dalam set OLĕS ni tau. Memang berbaloi anda cuba. 5 produk dalam set OLĕS adalah :

i) GeL Pembersih Wajah (Set Merah dan Set Oren)

Berbentuk Gel iaitu tidak berbentuk sabun berbuku sepertimana kebanyakan pencuci jenama lain. Pembersih wajah OlèS adalah setanding dengan pembersih wajah jenama antarabangsa. Membersih ke wajah dengan begitu selesa dan lembut. Tiada kerengsaan, tidak menegangkan kulit wajah, tidak mengelupaskan kulit. Sebaik sahaja mencuci wajah dengan Pembersih Wajah OlèS, akan dapat dirasai kelembutan pada wajah.

ii) Toner Pelembab Wajah (Set Merah dan Set Oren)

Selesa diguna tidak mengeringkan wajah, tidak menegangkan kulit, tidak melekit, ia menyeimbangkan pH kulit wajah. Lembut pada wajah tanpa sebarang pengelupasan. Ia standing dengan toner jenama antarabangsa yang dijual digedung-gedung membeli belah mewah.

iii) Serum Vitamin E (Set Merah dan Set Oren)

Mempunyai anti-aging yang akan melambatkan proses penuaan kulit wajah. Ianya berupaya mengurangkan kedutan pada wajah. Membuatkan wajah kembali berseri, bercahaya dan sihat.

iv) Krim UV Pelembab Siang (Set Merah dan Set Oren)

Diperkaya dengan SPF35 bagi melindungi wajah dari sinaran UV dan radikal bebas yang berbahaya. Ianya melembut dan melembabkan wajah tanpa sebarang kerengsaan. Krim ini juga berupaya membuatkan pemakaian bedak menjadi sekata dan tahan lama pada wajah. Tidak membuatkan wajah kelihatan berminyak dan bercapuk walau seharian menggunakannya.

v) Krim Pelembab Malam (Set Merah dan Set Oren)

Berupaya untuk mencerahkan wajah, melembutkan wajah, membuat wajah kembali bersinar, berseri, tidak berminyak dan menganjalkan kulit wajah tanpa sebarang kerengsaan.

Berbaloi guna OLĕS Skincare kan? Jimat dan untung!

Kenapa OLĕS Skincare ada 5 Produk Dalam 1 Set?

OLĕS Skincare ni memang diformulasikan dengan 5 produk yang bersangkutan antara satu sama lain sebagai 1 set lengkap penjagaan wajah kita. Sebab setiap produk OLĕS Skincare ini ada tugas mereka masing-masing untuk optimumkan hasilnya pada wajah.

Macam kita pandu kereta jugak. Kereta manual atau Automatik sama saja tetap ada gear rendah dan gear tinggi. Kita tak boleh lompat-lompat gear nanti kotak gear akan rosak. Kena ikut aturan baru lancar perjalanan.

Macam tu jugak dengan OLĕS Skincare ni mula-mula pakai pembersih wajah lepas tu toner. Selepas tu pakai serum dan akhir sekali krim siang atau malam. Bila lengkap pemakaian kelima-lima produk tu barulah kita akan dapat kesan terbaik pada wajah.

Bukan lama sangatpun masa diambil untuk mengoles kat wajah kita. Nak kelihatan cantik perlulah manjakan wajah.

Kandungan OLĕS Skincare

Anda sedang mencari produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi? Nah, OLĕS Skincare memang sesuai untuk anda!

Apa yang ada dalam OLĕS Skincare ni? Pelbagai ekstrak dan enzim semulajadi yang bermutu tinggi seperti ekstrak manggis atau xantone yang kaya dengan antioksidan, ekstrak licorice, ekstrak Peel, ekstrak Papain, ekstrak Cendawan, ekstrak Alovera, Arbutin, Collagen, Glycerin, Aloe Barbadensis Leaf Juice dan sebagainya yang berkualiti tinggi bagi memulihara, menyinar, menganjal dan meremajakan kulit wajah tanpa kerengsaan dan tanpa sebarang kesan sampingan.

Halal ke OLĕS Skincare ni? Ada mengandungi racun tak?

OLĕS Skincare diyakini selamat, suci dan halal. Produk berkualiti ini telah memperolehi notifikasi dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Yang paling penting OLĕS Skincare dijamin 100% bebas bahan-bahan berbahaya! Ia tidak mengandungi Hydroquinone, Mercury, Tretinoin, Paraben, SLS dan bahan-bahan lain berbahaya yang dilarang dalam kosmetik. Jadi tak perlu ragu-ragu lagi untuk memilih OLĕS Skincare sebagai produk penjagaan kulit wajah untuk kegunaan harian.

Kelebihan OLêS Skincare

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang kelebihan OLĕS Skincare ni. Antaranya ialah:
  • Menghilangkan dan menghapuskan jerawat pada wajah. 
  • Menghilangkan bekas-bekas jerawat lama pada wajah. 
  • Menyamarkan dan menghilangkan jeragat pada wajah. 
  • Mencerahkan kulit wajah dan kelihatan berseri. 
  • Menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah. 
  • Meratakan tona kulit wajah. 
  • Meremajakan kulit wajah. 
  • Menegangkan kulit wajah sehingga kelihatan lebih muda. 
  • Memperbaiki struktur kulit wajah. 
  • Menjadikan kulit wajah lebih halus dan mulus. 
  • Menghilangkan bintik- bintik hitam pada wajah. 
  • Mengecilkan pori-pori wajah. 
  • Mengembalikan seri wajah yang kusam. 
  • Menghilangkan parut degil dan lama pada wajah. 
  • Baiki kulit yang rosak akibat tersalah pakai produk. 
  • Meningkatkan keyakinan diri.

Disebabkan kelebihan produk OLêS Skincare ini, ramai pengguna yang telah berjaya mendapatkan kulit seperti yang diidamkan. Antara maklum balas positif daripada pengguna:
Testimoni OLĕS Skincare
Kulit muka semakin cerah, hilang jerawat serta parutnya
Testimoni OLĕS SkincareTestimoni OLĕS Skincare

Testimoni OLĕS SkincareTestimoni OLĕS Skincare

Lihat? Ramai yang telah berjaya kan? Anda pun boleh dapat kulit yang cantik macam ni tau. Rugi kalau tak cuba.

Untuk lihat testimoni yang lain, boleh ke akaun Instagram OLêS Skincare (@oles_official).

Cara pembelian OLêS Skincare

Dah mula berminat dengan OLêS Skincare? Apa tunggu lagi! Buat tempahan sekarang juga untuk merasai kebaikan OLêS Skincare.

Anda boleh buat tempahan dengan menghubungi pihak OLêS Skincare seperti butir-butir yang tertera di bawah:

Talian hotline OLêS Skincare: +60102968289 / +601123163250 

Laman Facebook rasmi: Oles HQ

Instagram: https://www.instagram.com/oles_official (@oles_official) 

“Dengan sekali oles ternyata perubahannya. Tak Percaya? Cubalah…” 


7 ulasan for "Kulit Cantik, Licin dan Sihat dengan OLĕS Skincare, Bebas Daripada Bahan Berbahaya!!"

  1. Berapa harga satu set ni. Macam berkenan.. sekarang ni guna clinique sebab paling kurang bahan synthetic. Tapi mahal la pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu set dalam RM120 tak silap saya..boleh cuba Oles Skincare ni :)

      Padam
    2. Murah sangat tu kalau satu set. InsyaAllah :)

      Padam
  2. Suka perumpamaan gear kereta tu.. hehehehhe.. Dulu kak ain jumpa pakar jerawat pun dia cakap macam tu, nak kulit cantik kena jaga step by step bukan main belasah semua sapu kat muka... hehehehhee... :)

    Cantik packaging Oles ni.. yg penting x de Hydroquinone kan.. i like..!

    BalasPadam
  3. Nampak menarik..boleh masuk dlm wishlist

    BalasPadam
  4. wahhh tengok testimoni dia sangat berkesan!

    BalasPadam