Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rupanya Terkena Jangkitan Sporotrichosis

Jangkitan Sporo Kepada Manusia

Pada hari Rabu minggu lepas (28 Sept. 2016). saya telah pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh setelah mendapat surat daripada doktor untuk dirujuk ke pakar di Klinik Dermatologi di sana. Semuanya kerana penyakit kulit yang sedang dialami. Luka sebesar syiling 50 sen lama dan bengkak-bengkak kecil seperti lebam di bawah kulit yang semakin melarat sehingga ke bahu masih belum menunjukkan perubahan yang positif.


sporo, Sporotrichosis

Saya bertolak ke hospital Ipoh dalam pukul 7.30 pagi. Tiba di hospital dalam setengah jam selepas tu. Jenuh jugak nak cari Klinik Dermatologi sebab pertama kali datang ke klinik pakar tu. Pagi macam tu pun dah ramai orang. Memang jenuh tunggu giliran.

Kira-kira pukul 12 tengah hari, barulah nama saya dipanggil. Pheww.. Alhamdulillah takde la sampai petang nak tunggu kan. Nervous jugak nak jumpa doktor ni. Mula-mula doktor tanya saya tentang bagaimana luka dan bengkak boleh terjadi. Cerita punya cerita..doktor beritahu la sakit kulit ini berpunca daripada penyakit yang kucing saya sedang hidapi iaitu Sporotrichosis atau kebiasaannya dipanggil singkatannya Sporo. Termenung kejap dengarnya. Patutlah luka yang ada pada tangan saya lambat sembu. Doktor beritahu lagi penyakit ini mungkin makan masa lebih kurang 5 bulan untuk pulih. Kalau dah sihat pun, masih perlu ambil ubat bagi memastikan fungus Sporo betul-betul dah takde dalam badan. Doktor perlukan sedikit kulit yang bengkak lebam dan darah sebagai sampel untuk dianalisis di makmal.

Selepas itu, doktor akan memotong sedikit kulit yang terdapat bengkak lebam (pada tangan yang terkena jangkitan). Sikit je pun. Lebih kurang saiz syiling 20 sen. Doktor pilih bengkak lebam yang paling besar saiznya. Sebelum prosedur tersebut dijalankan, doktor mengambil gambar tangan kiri yang ada luka dan bengkak lebam ni. Tujuannya untuk lihat perubahan sebelum dan selepas ambil ubat yang diberikan.

Dah siap ambil gambar, saya diminta untuk masuk ke sebuah bilik pembedahan kecil untuk proses memotong sedikit kulit yang bengkak lebam. Lagi la takut! Menangis jugak saya waktu doktor cucuk ubat bius ke tangan..heee. Masa potong kulit tu memang tak rasa apa dah. Tapi 2 kali jugak la kena cucuk ubat bius. Dalam beberapa minit je, prosedur tersebut siap. Lepas tu kena jahit pulak. Aduii.. Asyik menangis je..haha

Dah siap jahit, saya ke bilik doktor semula. Doktor memberikan preskripsi ubat. Ubat yang wajib dan penting untuk diambil setiap hari ialah ubat anti fungus, Itraconazole.

Itraconazole, ubat sporo
Ubat anti fungus, Itraconazole. Sebelum ni bagi kucing makan ubat ni. Sekarang diri sendiri pula yang makan
Ubat lain juga diberikan seperti ubat gatal, ubat tahan sakit dan ubat alergi tapi makan bila perlu je. Saya juga diminta oleh doktor untuk ambil darah lagi sekali di Hospital Kuala Kangsar (24 Oktober) dan perlu datang temujanji dengan doktor kulit ini pada 10 November nanti.

Itraconazole, ubat anti fungus
Bekalan untuk sebulan lebih
Doktor pesan kepada saya supaya mencuci luka setiap hari sehingga luka tersebut sembuh. Jahitan juga perlu dicuci dan disapu dengan sejenis ubat. Dah selesai jumpa doktor, saya ke kaunter mengambil darah setelah siap, ke kaunter ubat pula.

Kena bebel jugak la dengan mak abah sebab tak berhati-hati ketika menjaga seekor kucing di rumah yang menghidap Sporo. Kadang-kadang tak pakai sarung tangan pun. Salah sendiri juga kan...

Kalau anda ada memelihara kucing atau apa sahaja jenis haiwan peliharaan yang sakit, perlu sentiasa peka dengan keadaannya, kendalikannya dengan berhati-hati dan cermat. Tambah pula kalau kucing yang terkena Sporo yang juga boleh menjangkiti manusia. Bahaya Sporo ni.

Apa pun saya sedang berusaha untuk pulih daripada jangkitan Sporo ini. Semoga Allah memberikan kesembuhan  kepada saya dan kepada sesiapa sahaja yang terkena jangkitan ini. InsyaAllah.


31 ulasan for "Rupanya Terkena Jangkitan Sporotrichosis"

  1. semoga cepat baik.. ada staf di vet taiping pon 2 3 orng dah kena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah amin..semoga mereka juga cepat sembuh

      Padam
  2. Makan masa jugak tuh untuk sembuh. Kena sentiasa makan ubat n cuci luka tuh. first time dengar pasal sporo. apa apa pon semoga cepat sembuh yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye.. apa pun kena usaha untuk sembuh. terima kasih

      Padam
  3. semoga cepat sembuh ye mai... dan harapnya jangan ada yang melarat ke organ dalaman..
    itu yg selalu vet pesan hati2 bila rawat kucing sporo...

    BalasPadam
  4. Salam saudari, boleh saya tahu ubat inox itu perlu diambil berapa biji sehari kalau sporo terkena pada manusia. Dan berapa bulan perlu ambil ubat inox itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ubat inox ni mesti dapatkan preskripsi daripada doktor. kita tak boleh ambil sendiri. mula-mula tu doktor suruh saya makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Bila luka dah makin baik, tinggal parut je, doktor suruh makan 2 biji je sehari.

      kalau nak beli kat farmasi, wajib kena ada preskripsi daripada doktor.

      Padam
    2. Terima kasih atas nasihat. Saudara sy yg menghidap sporo ini. Beliau sudah berjumpa doktor pakar kulit juga tatapi ubat yg diberi ialah spronox bukan inox. Maybe sama ingredient tapi lain jenama. Dari pengalaman saudari, berapa lama masa yg diperlukan saudari utk pulih sepenuhnya drpd sporo ini. Saudara sy agk risau kerana luka akibat ckaran kucing lambat kering dan berair.

      Padam
    3. Ambil masa dalam 4 bulan jugak untuk luka kering.. untuk luka cepat kering, saya gunakan Spray8, dalam seminggu dah nampak perubahan ketara. Boleh baca post ini untuk lebih lanjut tentang Spray8 http://www.maisarahsidi.com/2016/10/luka-basah-cepat-kering-dengan-spray8.html

      Padam
    4. Maaf jika sy banyak sangat tanya. Saudara saya dah beli spray8 seperti yg saudari cadangkan utk rawat luka berair. Soalan saya, boleh kah saudara sy gunakan spray8 dekat bahagian kulit yg lebam juga

      Padam
    5. Spray8 berkesan untuk luka saja tak silap saya. Kalau nak lebam hilang, kena makan ubat Inox berterusan mengikut saranan doktor.

      Padam
  5. Terima kasih kerana jawapan. Berapa lama masa yg diambil oleh saudari untuk pulih daripada jangkitan sporo. Saya tanya ini bg pihak saudara saya yg menghidapi sporo kerana di cakar. Dia sudah pun dpt rawatan doktor pakar kulit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah luka sporo dan kering sekarang ni, jadi parut tebal. Masih perlu ambil ubat inox dalam 2-3 bulan lagi walaupun tanda2 sporo dah mula menghilang. Sekarang ni pun saya masih ambil ubat tu. Doktor belum kata dah pulih sepenuhnya

      Padam
    2. Dr. pakar kulit ada beritahu saudara sy yg ubat sporonox dan inox ini sangat kuat. Dan mungkin boleh beri kesan sampingan seperti heart failure dan etc. jika ambil terlalu banyak atau lama. Agak agak dah berapa kotak yg saudari makan inox itu. Saudara sy, Dr hanya beri utk 2 minggu saja. 2 biji siang, 2 biji malam. Lepas tu stop. Dr. tak galakkan sb ubat ini ada side effects. Sy cuma berkongsi info ini dgn saudari. Wahallualam.

      Padam
    3. ye betul, ubat sporonox atau inox ni kuat. dah berkotak-kotak juga saya makan ubat ni. dah masuk 4 bulan saya ambil ubat tu sehingga sekarang ni. doktor pakar akan buat temujanji setiap 2 bulan dgn saya. setiap 2 minggu sebelum jumpa dgn pakar utk temujanji, sy kena ambil di hospital daerah utk pantau jika berlaku kesan2 sampingan kpd saya.

      alhamdulillah, tiada apa2 kesan sampingan yg jadi. saya teruskan ambil ubat ni pun sebab pakar yg suruh. mula2 memang saya ambil ubat ni 2 biji siang, 2 biji malam. tapi sekrang ni hanya 2 biji sekali sehari. pakar ada beritahu yg kuman sporo ni kuat sebab tu kena teruskan makan ubat sampai betul2 kuman sporo hilang.

      Padam
  6. Utk hilangkan parut, maybe saudari leh guna menderma atau azanis skin care. Harap saudari sembuh dengan sepenuhnya.Amin. InshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sapu Bio oil sekarang ni. InsyaAllah semoga saudara encik juga cepat sembuh.

      Padam
    2. Bio oil pun ok juga. Klu mcm sedara sy selain drpd luka kena cakar tu, ada timbul lebam lebam bawah kulit tu, lebam tu ak susut ke bila dlm proses penyembuhan tu.

      Padam
    3. betul.. muncul bengkak lebam bawah kulit. saya pun ada lebam tu tapi akan surut dan hilang kalau konsisten makan ubat yg doktor berikan. alhamdulillah sekarang bengkak tu dah hilang sepenuhnya tp ubat masih kena ambil

      Padam
  7. itulah kan,

    yui sdg rawat kucing yg disyaki sporo. hrp baiklah hndknya, sbb blh terkena pd manusia

    BalasPadam
  8. Sy mcm terkwna sporo..bolehbtak sy tau mcm mn nk hubungibsuadari.mrisaunya saya sbb anaknsy mcm ada lebam2
    0143698748 ni now wasap saya

    BalasPadam
  9. Ape tanda2 sporo??sbb ape yg sy google tanda2 mcm dah terkena pada sy..naik mcm kudis besar syiling 50sen and now ada lebam bawah kulit. Dah 2klinik pegi tp doc cuma bg ubat sapu and antibiotik je..doc x ckp ade sporo ke ape

    BalasPadam
  10. Sekarang isteri saya kena jangkitan in,
    Selama mana ia boleh sembuh,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pun kena jumpa doktor untuk tahu ada di tahap mana sebab dos ubat yang diberikan mengikut keadaan luka dan kulit.

      Padam
  11. Sekarang isteri saya kena jangkitan in,
    Selama mana ia boleh sembuh,

    BalasPadam
  12. anak sy br ambil 2 hari inox.. sekarang sedikit bengkak.. mmg itu kesansampingan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap saya dulu takde pun kesan macam tu kat saya. Kalau ada apa-apa alahan, beritahu doktor cepat ya

      Padam
    2. Assalamualaikum nk tanya klau start ambil inox tu kaki jd bengkak tu alahan ubat ye.. Sbb sy sakit urat kaki than bengkak kaki.. Risau jugak

      Padam
    3. Sebarang perubahan yang berlaku ketika ambil ubat inox, sila beritahu doktor yang merawat ya. Mereka lebih arif

      Padam