Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tarikh Mula Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017. Kedua-duanya akan dibuka bermula pada tarikh 5 DISEMBER 2017 di pejabat LHDN di daerah masing-masing.

BR1M 2017

Kepada anda yang layak dan cukup syarat untuk menerima BR1M 2017, anda boleh membuat permohonan baru di sini:

1. Permohonan dan kemaskini secara atas talian

Perlu dibuat melalui Portal Rasmi e-BR1M. Permohonan atas talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran. Aplikasi e-BRIM tidak direkabentuk untuk capaian peranti mudah alih.

PERMOHON BARU BR1M 2017 (SILA KLIK)

Untuk mengemas kini permohonan seperti nombor akaun bank, sila ke laman:

KEMAS KINI PERMOHONAN (SILA KLIK)

2. Permohonan Melalui Borang

Borang BRIM 2017 boleh diperoleh secara percuma di lokasi tersebut:
  • Portal Rasmi BR1M LHDNM
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM 2
  • Pejabat Daerah / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) / Pejabat Jabatan Pembangunan persekutuan (JPP) / Pejabat Residen 

Borang BR1M 2017 yang telah siap diisi boleh dihantar ke kaunter-kaunter berikut:

i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Kadar bayaran BR1M 2017

Seperti yang telah dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dalam Bajet 2017, kadar BR1M dinaikkan. Kadar BR1M yang baru adalah seperti berikut:

BR1M 2017


Sumber: Portal e-BR1M


7 ulasan for "Tarikh Mula Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017"

  1. yeahhh tak sabar nk tgu 5hb

    BalasPadam
  2. 5hb eh permohonan baru? kc nak mohon ni haha. tq for the info kak mai :)

    BalasPadam
  3. Individu bujang tu xde limit umur ke?

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde rasanya. asalkan bujang dan menepati syarat2 boleh apply :)

      Padam
  4. ala...tak dapat nak daftar

    BalasPadam