6 Sebab Perlu Ada Nama Domain Sendiri untuk Blog

Kepentingan Nama Domain Sendiri untuk Blog


Kini, semakin ramai blogger yang menukar domain yang percuma kepada nama domain sendiri. Contohnya, domain percuma www.ayam.blogspot.com kepada domain berbayar www.ayam.com. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu ada nama domain sendiri untuk blog. Wajib atau tidak menukar domain blog ni?

kepentingan domain sendiri

Apa yang Mai dapat hasil daripada perbincangan dengan rakan blogger dan melalui laman web rujukan tentang perlunya ada domain sendiri untuk blog ialah:

1. Supaya blog mudah diingati dan dikenali.
Sebelum blog Mai bertukar domain seperti sekarang ini, blog Mai menggunakan URL maisarahmyblog.blogspot.com. Panjang kan URL nya? Nak ingat pun susah. Jadi, Mai ambil langkah menukar domain yang lebih pendek dan ringkas iaitu maisarahsidi.com supaya lebih mudah pembaca mengenal blog Mai dan sekaligus dapat menghafal URL blog.

2. Branding/penjenamaan
Branding atau penjenamaan penting bagi sesebuah blog atau blogger. Domain menjadi lambang identiti diri sendiri dalam dunia blog. Bila sebut saja sesebuah domain, kita dah boleh bayangkan pengisian blog tersebut atau kita kenal bloggernya. Juga penting bagi blogger yang serius menulis blog dapat membantu untuk pergi lebih jauh dalam dunia blogging dengan domain tersebut.

3. Lebih profesional
Kebanyakan blogger terkenal yang sudah pun mencipta nama dalam dunia blogging di Malaysia misalnya menggunakan nama domain sendiri untuk blog mereka. Salah satunya ialah menjadikan blog nampak lebih profesional dan menambah keyakinan kepada pembaca. Jadi, kalau inginkan blog sebegitu, blog anda bolehlah bertukar kepada domain pilihan sendiri.

4. Lebih berdisiplin dalam penulisan blog
Apabila sudah menggunakan domain sendiri, ini bermakna anda perlu renew domain setiap tahun dengan bayaran tertentu. Rugilah kalau jarang update blog. Penulisan yang tidak bermanfaat juga dapat dielakkan supaya domain yang membawa identiti blog dan blogger tidak terpalit dengan pandangan negatif masyarakat umum. Gunakan blog dengan sebaiknya serta mantapkan lagi penulisan.

5. Meningkatkan peluang menjana pendapatan melalui blog
Blog adalah salah satu medium terbaik untuk pengiklanan. Pelbagai jenis produk dan servis boleh diiklankan di blog. Jadi, memiliki domain sendiri adalah amat digalakkan supaya para pengiklan lebih mempercayai blog kita. Sebabnya ada sesetengah pengiklan, mereka juga mengutamakan domain selain daripada faktor trafik.

6. Kepentingan domain untuk SEO
Tahukah anda enjin carian seperti Google akan mengindeks katakunci atau maklumat sesuatu laman web bermula dengan halaman utama nama domain tersebut. Dengan adanya domain sendiri memudahkan enjin carian menjumpai blog anda seperti yang diperkatakan di blog ejoeSolutions.

Apa pun fikir dengan sebaiknya tujuan anda membeli domain. Pastikan nama domain yang dipilih betul-betul tidak akan membuatkan anda menyesal di kemudian hari.

Nak tahu bagaimana cara mudah membeli domain? Baca di sini Cara Mudah Beli Domain Di NetKL.


{ 31 comments.. read them below or add one }

Eeca Shyaa Eeca Shyaa Mei 17, 2017
dulu masa beli domain konon sbb nak serius berblogging. tp tetap jugak mood blogging selalu kelaut huhuhu!
Miza Talib Miza Talib Mei 18, 2017
Cm sedang berusaha nak domain sendiri. ;)
Nazlee Ismail Nazlee Ismail Mei 19, 2017
Memang perlu domain sendiri dan ebih bagus kalau letak nama sendiri.
CikLa Shahril CikLa Shahril Mei 19, 2017
Menarik juga. InshaAllah suatu hari nanti ciklapunyabelog.blogspot.com akan bertukar domain... 😁😁
mamapp mamapp Mei 20, 2017
mama pn tengah berfikir2 ni nak beli domain sendiri ke tak
Shafyqah Azry Shafyqah Azry Mei 20, 2017
memang ada niat nak beli domain sendiri tapi takut mood blogging ke laut je haha
Dedaun Comel Dedaun Comel Mei 20, 2017
Comelnya emoji ni :D :D
Dedaun Comel Dedaun Comel Mei 20, 2017
Memang best kalau ada domain sendiri.. bagi mereka yang nak komited dengan dunia blogging.

Lagipun domain ni macam satu jenama kita sendiri yang akan kita bawa sebagai imej. Bila ada jenama sendiri memang best kalau kita dapat naikkan ia dengan usaha yang berterusan.

Rasa sangat berbaloi :)
Annur Syuhadah Annur Syuhadah Mei 20, 2017
AS belum sampai setahun pakai custom domain. Bulan 10 ni first time nak renew..so sepaniang tahun ni target nak buat job palin kurang, dapat lepas bayar domain. Alhamdulillah income dah mencukupi untuk renew domain hihihi
Tanpa NamaTanpa Nama Mei 20, 2017
Kalau dah apply adsense lepastu tukar domain ada apa2 kesan tak?
Mohd Noor Shawal Mohd Noor Shawal Mei 21, 2017
singgah n follow sini.. ^^

http://www.mohdnoorshawals.com/
Sue Sopian Sue Sopian Mei 21, 2017
memang bagus ada domain sendiri.. lebih-lebih lagi kalau nama sendiri.. senang untuk diingat :)
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Mei 22, 2017
kena cari pak mood dulu hehehe
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Mei 22, 2017
fikir dulu, jangan terburu-buru mama
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Mei 22, 2017
kalau betul niatnya, insyaAllah tak ke laut hehe
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Mei 22, 2017
betul setuju sangat. rasa macam dah ada rumah sendiri kalau dah beli domain ni
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Mei 22, 2017
kena tukar domain yang baru kat adsense nanti
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Mei 22, 2017
terima kasih ;) saya dah balas kunjungan
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Mei 22, 2017
betul sangat. senang ingat. dah ada identiti sendiri ;)
Lokman Hakim Lokman Hakim Mei 22, 2017
senang kak ada domain sendiri..nmpak lebih profesional
sensasi2020 sensasi2020 Julai 31, 2017
Bersemabgat lain macam jika ada domain sendiri dan jika approve akaun penuh adsense lagi bergelora.
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Julai 31, 2017
Ya semangat lebih dengan guna domain sendiri ni. Betul sangat tu hehe

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)