Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Memasang Iklan In-article Native Google AdSense Dalam Entri Blog

Cara Pasang Iklan In-article Native Google AdSense Dalam Entri


Memasang iklan Google AdSense di tengah entri adalah salah satu posisi iklan yang membantu dalam meningkatkan lagi earning kerana dapat menarik perhatian pembaca untuk klik iklan tersebut. Kini pihak AdSense menambah lagi satu iklan native iaitu In-article Native Ad atau iklan dalam artikel.

In-article adalah format iklan baru yang dioptimumkan Google yang membantu anda meletakkan iklan antara perenggan halaman anda. Banner iklan jenis ia adalah responsif. Paparan iklan In-article dengan susun atur yang sesuai antara gambar dan ayat yang membuatkan ia nampak lebih kemas. Elemen iklan pengiklan yang berkualiti tinggi digunakan bagi iklan jenis ini berbanding banner iklan standard. Contoh iklan in-article seperti gambar di bawah ini...
cara pasang iklan adsense dalam entri
Contoh In-article Native Ad Google Adsense

Jadi, kali ini Mai ingin berkongsi cara mudah untuk memasang In-article Native Ad atau iklan Google AdSense dalam artikel.

Ikuti langkah-langkah berikut:

Bahagian A

1. Log in ke akaun AdSense anda.

2. Di panel navigasi kiri, klik My Ads.

cara pasang iklan in-article dalam entri

3. Klik butang + New ad unit.

cara pasang iklan in-article dalam entri

4. Klik In-article ads

cara pasang iklan in-article dalam entri

5. Beri nama iklan dalam artikel anda.

cara pasang iklan in-article dalam entri

6. Klik butang biru Save and Get Code.

cara pasang iklan in-article dalam entri
Kod iklan in-article

Bila dah dapat kod, bolehlah letak dalam blog.


Bahagian B
Cara pasang iklan di dalam entri/artikel:

1. Pergi ke dashboard blog, kemudian klik Theme > Edit html. Tekan Ctrl+f pada keyboard dan masukkan kod <data:post.body/>. Kalau ada jumpa banyak kod ini, cuba satu2 sehingga iklan muncul di blog.

2. Gantikan kod <data:post.body/> yang dicari tadi dengan kod di bawah ini:

<div expr:id='"post1" + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
*Letakkan kod unit adsense hasil parse disini
</center>
</div>
<div expr:id='"post2" + data:post.id'>
<data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById("post1<data:post.id/>");
var obj1=document.getElementById("post2<data:post.id/>");
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
if(r>0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>

Seterusnya, anda perlu parse kod iklan anda di Blogcrowds (klik).

cara parse kod iklan adsense

Gantikan ayat ini > *Letakkan kod unit adsense hasil parse disini dengan kod iklan anda yang telah diparse.

cara pasang iklan in-article dalam entri
Contoh kod iklan in-article AdSense yang telah diparse

3. Kemudian, klik butang Preview Template untuk memastikan tiada sebarang error terjadi. Jika tiada, boleh Save Template.

cara pasang iklan in-article tengah entri

4. Iklan akan muncul di blog dalam tempoh 20-30 minit selepas kod dimasukkan. 
Apa yang perlu buat selepas tempoh itu ialah klik salah satu entri blog anda dan lihat sama ada iklan AdSense muncul dalam entri atau tidak. Kalau tak muncul, anda perlu cuba letakkan kod dalam langkah 2 di bawah kod <data:post.body/> yang ada sehinggalah iklan muncul.

Dah muncul di blog? Tahniah. Kalau ada sebarang kemusykilan, boleh ajukan sebarang pertanyaan di ruangan komen, InsyaAllah Mai tolong yang mana mampu.


Kredit kepada sayidahnapisah.com untuk kod letak iklan AdSense di tengah artikel blog.


17 ulasan for "Cara Memasang Iklan In-article Native Google AdSense Dalam Entri Blog"

  1. Saya nak letak kat bawah title pun seksa... takut dah nak edit2 yg tengah pula T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah jadi kalau betul2 ikut tutorialnya ;)

      Padam
  2. Wah... Baru semalam pihak google adsense buat livestreaming pasal iklan innative ads google

    BalasPadam
  3. Belum ade rezeki lg dpt iklan adsense

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah nanti dapat iklan adsense tu ;)

      Padam
  4. wah agak rumit..
    tp bole try tgok kat blog yaya nti..tq share ^_^

    BalasPadam
  5. waaa.adsense sis pun dah approve ke..saya still status 'awaiting for approval' lagi..huhu

    BalasPadam
  6. wow menarik ni.. boleh cuba thanks Mai ^^

    BalasPadam
  7. yeayyy thank you sis :)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mai..mama kalau bab coding ni mmg takut sangat nak usik...dulu pernah buat punah semuanya...lepas tu terus x nak buat lg serik rasanya...

    BalasPadam
  9. Coba satu per satu kode ...
    Hm...

    BalasPadam
  10. tak berani nak buat hahhaha sebab tak pandai la

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah je tutorial ni kalau betul ikut langkah-langkahnya ;)

      Padam
  11. Tq mai, share tutorial yang mudah wawa nak follow. tapi kenapa erk kalau letak code kat sidebar iklan tak muncul?

    BalasPadam
  12. sama-sama. kalau baru masukkan kod, ambil masa sikit untuk muncul. kalau tak muncul juga, try create kod baru kat akaun Google Adsense

    BalasPadam