14 Ogos 2017

Sedap ke Cadbury Dairy Milk Oreo?

Cadbury Dairy Milk Oreo

Masa mula-mula tonton iklan coklat Cadbury Dairy Milk Oreo yang baru di TV, kejap-kejap tu juga nak cari dan beli. Nak tahu juga rasanya sedap atau tak.

Sebenarnya Mai memang penggemar coklat. Lagi-lagi coklat Cadbury, hampir setiap jenis coklat Cadbury Mai pernah rasa. Yang Mai paling suka, Black Forest sebab ada biskut dan jeli dalam tu, sedap kunyah-kunyah dengan coklat. Sebab tu Mai teruja sangat nak rasa Cadbury Dairy Milk Oreo ni, ada biskut dalam tu kan hehe. Agak-agak sama tak rasa coklat Cadbury yang baru ni dengan yang sebelumnya?

Jom...

Cadbury Dairy Milk Oreo

Coklat ini dibeli di pasar raya The Store Sungai Siput. Jalan-jalan dalam The Store cari barang yang diperlukan, tiba-tiba ternampak coklat Cadbury baru ni. Apa lagi, beli terus la jawabnya. Tengok plastik Cadbury Dairy Milk Oreo ini pun dah tak sabar nak rasa isinya. 

Cadbury Dairy Milk Oreo

Ada sarung kertas lagi di dalamnya. Sayang nak buang, Mai simpan je penyudahnya hehe.

Cadbury Dairy Milk Oreo

Haaaa.. ini isi dalamnya. Betul-betul tak sabar nak rasa coklat Cadbury Dairy Milk yang diisi dengan krim berperisa vanila dan sudah pasti ada biskut Oreo yang telah dihancurkan dalamnya. Sedap juga rasa coklat ni kunyah-kunyah dengan biskut Oreo. Biskut yang ada dalam bar tu pun banyak. Yeaayy Mai suka! Cuma... rasanya saja agak manis. Mungkin sebab rasa krim vanila tu kot. Tapi yang lain memang ok dah 😊 Tak tahu la kot Mai je yang rasa agak manis coklat ni. Ikut lidah masing-masing kan hehehe.

Apa pun coklat Cadbury tetap menjadi pilihan hati Mai. Kalau ada yang nak hadiahkan Mai coklat Cadbury, lagi la Mai suka hahaha. Bagi anda penggemar coklat yang masih belum merasai Cadbury Dairy Milk Oreo ni, cepat-cepat beli ye. Sedap... tapi jangan makan selalu pula ya..

Coklat Cadbury sentiasa sedap!


Previous Post
Next Post

About Author

12 ulasan:

  1. Rasanya belum ada kat Sabah ni.. Nampak sedap sangat... dah la oreo dan coklat cadbury ni kegemaran sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kalau cadbury oreo ni dah sampai boleh la try..sedap ;)

      Padam
  2. nice sharing tak tau pun pasal Cadbury Dairy Milk Oreo

    BalasPadam
  3. Nampak sedap. Tapi mesti manis... erk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. manis lebih sikit daripada yang selalu hehe

      Padam
  4. selalu nampak..x pernah cuba lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak kena cuba ni, ok jugak rasanya

      Padam
  5. sedapnyee nampaakk....beli besor2 ni xtau la bape lama bru abes sepapan kalau k.sha makn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau Mai, sekejap je habis sepapan ni hihihi. sedap, tapi makan jarang2 lah. kang kena kencing manis pulak hehe

      Padam
  6. nyum !! nampak sedap.. kena carik ni.. ee~

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)