Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mudahnya Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union

Keluar Duit Google Adsense Melalui Western Union


Beruntunglah bagi blogger yang sudah ada iklan Google Adsense di blognya 😁 Iklan ini adalah salah satu cara blogger menjana pendapatan melalui blog. Terdapat tiga cara untuk keluarkan duit Google Adsense iaitu melalui Western Union, dikreditkan terus ke akaun bank ataupun cek yang dipos kepada anda. Terpulang kepada diri masing-masing untuk pilih cara yang mana satu.

Serba sedikit tentang iklan Google Adsense bagi blogger newbie. Apabila iklan Adsense muncul di blog, pembaca atau pelawat blog yang tertarik dengan iklan yang dipaparkan akan klik iklan tersebut. Setiap klik ada nilainya yang telah ditetapkan, yang menariknya ia dalam matawang USD. Duit Google Adsense boleh dikeluarkan apabila sudah mencapai USD100. 

Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union

Sebelum ini Mai pernah keluarkan duit menggunakan cek dan juga Western Union. Masa pertama kali nak keluarkan duit tu, Mai terus je pilih cek sebab tak buat research di Google dulu. Rupa-rupanya kena tunggu lebih kurang beberapa bulan kalau tak silap, barulah dapat pegang duit tu. Lama betul! Siap kena caj lagi. Rugi wooo kena caj sebanyak USD10.

Selepas itu, Mai terus bertukar kepada cara melalui Western Union. Sebabnya tidak dikenakan sebarang caj dan kebanyakan bank di Malaysia menyediakan perkhidmatan keluar duit melalui Western Union. Anda pernah terima atau keluarkan duit Google Adsense melalui Western Union? Mudah saja cara ini.

Cara-caranya:

1. Pilih Western Union sebagai cara pembayaran. 

2. Untuk proses tersebut, pihak Google Adsense akan memaklumkan pembayaran yang dibuat kepada kita melalui emel apabila sudah mencapai USD100. 

3. Kemudian, buka akaun Google Adsense dan klik pada Payment. 

Jika muncul perkataan 'Payment Issued' ini bermakna anda sudah boleh keluarkan duit tersebut. Klik pautan 'details' yang berwarna biru untuk melihat butiran maklumat lanjut. Anda akan lihat seperti ini.

Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union

4. Cetak maklumat yang dipaparkan. Senang nanti tunjuk terus pada staf bank kalau mereka tanya tujuan pengeluaran. 

5. Bawa cetakan tersebut ke bank berhampiran anda yang tertera papan tanda Western Union. Anda perlu tanya pada staf bank sama ada bank tersebut menyediakan servis terima duit melalui Western Union atau tidak. Jika tiada, pergi ke bank lain.

6. Beritahu kepada staf bank untuk membuat pengeluaran duit melalui Western Union, boleh tunjuk bukti cetakan maklumat pembayaran. Mereka akan memberi satu borang untuk diisi, contohnya seperti di bawah ini. Yang ini dibuat di AmBank. Pentingnya cetak maklumat tersebut sebab nombor MTCN perlu diisi dalam borang tersebut.

Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union


7. Setelah selesai mengisi borang dan beri semula kepada mereka, tunggu beberapa minit untuk proses pengeluaran tersebut.

8. Anda akan diberikan resit sebagai bukti.

Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union

Selesai. Mudah je kan? Inilah cara yang saya pilih untuk keluarkan duit Google Adsense. Selamat mencuba!


3 ulasan for "Mudahnya Keluarkan Duit Google Adsense Melalui Western Union"

  1. wahh untungla dah dapat income dr google ads.. sy newb je.. blum lg terima, sbb google ads baru approve aplication this week.. alhamdulillah

    BalasPadam
  2. insyaAllah nanti saya join ye

    BalasPadam