07 Oktober 2017

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 Anjuran HASRULHASSAN.COM

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Kali ini Mai sertai Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 yang dianjurkan oleh blogger otai yang dikenali ramai dalam dunia blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan.

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Blog MaisarahSidi.com tentang apa?

Blog ini berkongsi tentang gaya hidup yang berkisarkan tentang ilmu, agama, resepi, tutorial, pengalaman, pendapat sendiri tentang isu semasa dan juga reka bentuk grafik.

Bagaimana saya mula mengenali blog HASRULHASSAN.COM?


Mai mula kenal blog HASRULHASSAN.COM kerana tutorial blog yang disediakan dalam blog tersebut. Pada permulaan berblog beberapa tahun lepas, memang kosong ilmu tentangnya. Apa yang Mai tahu ialah menulis sahaja. Jadi untuk mantapkan blog dan supaya blog lebih berkualiti, Mai mula google tutorial blog terutamanya bab SEO dan kebanyakannya daripada blog HASRULHASSAN.COM. Ilmu tentang Adsense juga Mai rujuk di blog miliknya. 

Tujuan blog MaisarahSidi.com dihasilkan

Pada mulanya, Mai menulis kerana melihat rakan sebilik ketika belajar di universiti berkongsi tentang cerita mengembara ke pelbagai negara di blognya. Sejak itu Mai mula menulis dengan berkongsi apa sahaja perkara menarik yang Mai lalui. Kemudiannya Mai mula berkongsi ilmu seperti tutorial blog, komputer dan photoshop/reka bentuk grafik, agama. petua dan sebagainya untuk dimanfaatkan bersama. Blog ini juga adalah tempat untuk menjana pendapatan dengan mempromosikan hasil design yang Mai buat seperti blog, banner, doodle, vector portrait dan yang berkaitan di blog.

Harapan menyertai segmen ini

Yang pertama sekali, sudah semestinya berharap supaya terpilih untuk masuk dalam bloglist blog HASRULHASSAN.COM. Dari situ, Mai boleh mengenali blogger lain juga dan yang pentingnya dapat menjalinkan ukhwah sesama blogger.


Previous Post
Next Post

About Author

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, sesama blogger saling belajar. :)
    Terima kasih kerana sudi join segmen saya ye. Blog dah ada dalam bloglist cuma tak dipaparkan semua blog, siapa update selalu akan nampaklah .. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. terima kasih bro HH. Bolehlah terjah blog rakan blogger yang lain ;)

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)