Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Filem Ayat-Ayat Cinta 2 Bakal Ditayangkan!

Tayangan Filem Ayat-Ayat Cinta 2 di Malaysia


Wah.. Ayat-Ayat Cinta 2 bakal ditayangkan pada 21 Disember 2017! Tapi itu di Indonesia lah 😃 Tengok di website TGV Cinemas, filem ini akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2018 di Malaysia.

Filem Ayat-Ayat Cinta 2

Teringat Ayat-Ayat Cinta yang diangkat dari novel karya Habiburrahman El Shirazy pada tahun 2008. Ketika itu belajar di Kolej Matrikulasi Gopeng, tonton filem ni pun di salah sebuah dewan kuliah je. Bayarannya mestilah sangat murah. Antara RM1-RM2 tiketnya 😁. Murah kan? hehe. Masa tu tak reti pun nak menonton di panggung wayang. Kalau minta kebenaran abah pun, tak kan dapat untuk ke sana. Jadi, kira syukur jugalah dapat menonton di dalam dewan kuliah hehe. 

Dalam filem tersebut, lagu Ayat-Ayat Cinta berjaya mencuri hati Mai. Suka sangat dengan lagu dan liriknya. Ada juga student matrik yang jadikan lagu ni sebagai ringtone. Masa tu polyphonic je pun haha. Smartphone tak wujud lagi. Memang mengimbau kenangan dulu-dulu 😄

Akan datang, filem Ayat-Ayat Cinta 2. Mesti tonton ni. Tak sabar nak tengok sambungan daripada cerita yang pertama. Beberapa orang pelakon Malaysia pun ada berlakon dalam filem ni. Untuk sinopsis filem ini, anda boleh baca di SINI. Jom layan sekejap official trailer Ayat-Ayat Cinta 2 . . .




Ini pula lagu Bulan Dikekang Malam, salah satu daripada OST Ayat-Ayat Cinta 2.



Sedap kan lagu ni? Ada sikit-sikit melodi lagu Ayat-Ayat Cinta. Berulang-ulang kali dah dengar lagu ni. Lirik dan lagunya memang ngam.

Ok. Filem Ayat-Ayat Cinta 2 ni dah masuk dalam senarai yang Mai wajib tonton hehe. Bagi anda peminat filem Ayat-Ayat Cinta, pasti anda takkan lepaskan peluang untuk menonton sambungannya nanti kan? Tak sabar nak tengok, lagi beberapa bulan je ni.


2 ulasan for "Filem Ayat-Ayat Cinta 2 Bakal Ditayangkan!"

  1. Selepas 10 tahun baru keluar sambungan dia.. Yang first memang best.. Yang second nie harapnya best juga.. Siap ada Fazura..

    BalasPadam