07 November 2017

Manis Buah Rambutan Diingati Selalu

Musim Rambutan Kembali Lagi


Musim rambutan kembali lagi di tempat Mai iaitu di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Alhamdulillah. Dua batang pokok rambutan yang ditanam berdekatan dengan rumah telah membuahkan hasil. Meriah buahnya. 

rambutan

Manis rasa isi buah rambutan hasil daripada dua pokok tersebut. Isinya juga bulat dan agak tebal. Sesiapa yang menggemari buah rambutan pasti takkan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Boleh terbayang tak rasanya yang manis tu? hehehe. Kalau kupas kulitnya, kemudian isinya dimasukkan dalam peti sejuk. Lepas tu makan buah yang sejuk-sejuk tu... perghhhh lagi sedap 😋

rambutan

Sekarang ini sementara buah rambutan ada di pokok, hari-hari mengait buah rambutan, setakat makan 2-3 biji je. Makan banyak-banyak takut kena kencing manis pula 😁 Best sangat sebab segar baru dipetik, terus dimakan. Manis jee.. Tapi tak semua buah rambutan manis rasanya. Ada juga pokok rambutan yang buahnya masam. Macam mana nak makan rambutan masam ni? Buah rambutan masam ini sesuai dibuat jem. Ada rasa masam manis. Tapi Mai tak pernah buat sendiri pun. hihi

Kulit buah rambutan ketika warna merah dan sedikit hijau (seperti gambar di bawah ini), sedang elok untuk dimakan. Masa ini buah tengah sedap dan boleh kata sempurna dari segi rasa dan rupa.

rambutan

Kalau kulitnya dah terlalu merah, mungkin isinya berair. 

Selain dibuat makan, dijual pun ada juga. Dengan rambutan pun boleh buat duit tau. Kenalah jual dulu barulah dapat duitnya kan hee. Bolehlah menambah pendapatan sampingan abah. Sehari dapat juga jual dalam 20-25 kilogram. Sebelum dijual, ditimbang sekilogram seikat. Selalunya abah jual kepada peraih terus. Alhamdulillah laris, cepat je habis. Permintaan tinggi rambutan buat masa ni.

Kalau anda nak merasa rambutan, cepat-cepat cari di pasar malam. Tak pun balik je kampung sekejap, dapat makan fresh2 lagi tu hehe. 


Previous Post
Next Post

About Author

10 ulasan:

  1. Sedapnya tengok buah rambutan ni, sekarang susah juga nak dapat area Nilai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin belum tiba musimnya lagi kat sana ;) sikit ada la tu

      Padam
  2. Kat sini pun musim rambutan dan nak mula.
    Tapi orang ramai still kejar buah durian lagi.

    BalasPadam
  3. lama betul tak makan rambutan. tgk gmbr pun dah terliur ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti bolehlah cari rambutan ;) sedappp

      Padam
  4. sdapnya..mkn rambutan lg thn ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap.. alhamdulillah dapat merasa lagi ;)

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)