06 November 2017

Matematik dan Bahasa Arab Tinggi Jadi Subjek Kegemaran Waktu SPM

Subjek Kegemaran Waktu SPM


Zaman sekolah, mesti ada subjek yang menjadi kegemaran kan. Dalam 12 subjek yang diambil ketika SPM 2007, Mai paling suka Matematik dan Bahasa Arab Tinggi. Dah 10 tahun meninggalkan zaman persekolahan rupanya.

SPM


Sebab apa Mai suka Matematik dan Bahasa Arab Tinggi? Mai suka Matematik sebab lagi mudah berbanding dengan Matematik Tambahan. Matematik ni sekali belajar, Alhamdulillah cepat faham. Kalau Matematik Tambahan ambil masa sikit untuk fahamnya. Faham-fahamlah macam mana 'senang' Matematik Tambahan tu. hihi. 

Tapi ada je rakan sekelas yang senang sangat nak faham Matematik Tambahan. Jawab soalan pun laju je. Keputusan SPM pun dapat A1 dalam subjek ni. Mai dapat B4 je pun beryukur sangat dah. Mereka yang minat dengan subjek ni, mesti mudah je bagi mereka untuk faham dan jawab soalan. 

BACA: Cara Mudah Ingat Bentuk Graf Fungsi (Graph Of Function)

Bahasa Arab pula menjadi subjek kegemaran sejak dari Mai tingkatan 1 lagi. Teringat masa mula-mula jejakkan kaki ke dalam kelas aliran agama tingkatan 1. Masa tu tahu sikit je perkataan bahasa Arab ni. Yang belajar masa sekolah rendah pun banyak dah lupa. Maka, bermulalah sesi menghafal perkataan Bahasa Arab. Mula dengan yang mudah sehinggalah yang susah. Selalu juga kena denda ketika kelas ni sebab tak dapat hafal banyak perkataan masa tu. Bila dah lagi dalam belajarnya, bertambah suka pula pada Bahasa Arab ni.

Bahasa Arab ni syok bab mengarang esei. Bahasa Arab Komunikasi ketika PMR 2015, tiada soalan esei. Naik menengah atas, Bahasa Arab Tinggi pula ada soalan esei dalam kerta peperiksaan. Bahasa Arab Tinggi ni perlu banyak membaca. Kalau ada perkataan yang tak tahu, cepat-cepat buka kamus untuk cari maksud. Barulah ingat dengan perkataan tu. Kebanyakan pelajaran dalam Bahasa Arab Tinggi Mai suka. Hikam wal amsal (kata-kata hikmah) antara topik yang disukai dalam Bahasa Arab Tinggi. Memang teringat sewaktu belajar tentang tatabahasa, nombor, cara buat ayat, kena denda... rindu betul. hehe.

Sebjek-subjek lain pun Mai suka juga tapi Matematik dan Bahasa Arab Tinggi lebih menjadi pilihan Mai. Kedua-dua subjek ini dapat A1 dan A2. Alhamdulillah.

Antara subjek yang Mai ambil waktu SPM ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science and Technology. Fuh... banyak. Alhamdulillah dengan keputusan SPM Mai masa tu. Keputusannya.. biarlah rahsia. hehehe.

Apa pun, semoga berjaya diucapkan kepada semua calon SPM 2017. Buat sehabis baik. InsyaAllah boleh. Jangan stress, dah habis jawab 1 paper, tak payah bincang dah soalan tu. Teruskan untuk subjek seterusnya. You can do it! Selagi SPM belum tamat, selagi itu anda boleh ubah kepada yang positif.


Previous Post
Next Post

About Author

7 ulasan:

  1. Amer tak ada Bahasa Arab tapi ada Bahasa Jerman. Memang semangat membara lah setiap kali kelas Jerman hahaha. Kalau Math nih hmm... seingat amer selalunya tidor je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow..Bahasa Jerman! mesti best kan belajar bahasa tu

      Padam
  2. Kak ana pula subjek matematik dan akaun. Tu pun masa form 5 baru tersuka. Kalau tak, tak ingat nak belajar. Main saja. Huhu. Selamat tersedar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe selamat tersedar kan..takpe, janji tersedar sebelum SPM. boleh pulun lagi

      Padam
  3. Add Math mmg mencabar tp mama suka

    BalasPadam
  4. suka sangat math.. BM pon kalah.hehe.. mmg suka kira2 ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)