10 November 2017

Yang Patut Dibuat Apabila Dipuji

Apa yang perlu dibuat jika dipuji?

Cara membalas pujian | Manusia mana yang tak suka dengan pujian. Bagi Mai, pujian itu sebagai salah satu cara untuk memotivasikan diri supaya lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu. Tapi ada juga yang terlalu asyik dengan pujian lalu berbangga dengannya.


Foto: Google

Selalunya kita bila kena puji... be like

A: Kau ni cantiklah. Muka macam Siti Nurhaliza je.

B: Eh, mana ada lah. Aku ni biasa je. 

A: Betul la, mana ada main-main ni.

B: Eh, serius ke. Hehe. Janganla puji, malu la..

Anda macam tu juga kan? hehehe


Kelakar pulak video ni 😂

Mungkin, kita pun tak tahu apa yang patut dibalas kepada pujian tersebut. Kalau mengiyakan, takut dikata perasan. Jadi merendah diri adalah cara yang kita rasakan betul untuk kita balas pujian tersebut. 

Sebenarnya. apabila kita dipuji, mudah saja, KEMBALIKAN PUJIAN itu kepada Allah. Cakap je Alhamdulillah dan haza min fadli rabbi.

Kerana, hanya Allah yang layak di puji. Bila orang puji, tak perlu acah rendah diri dan menafikan pujian atau kita kutuk diri sendiri. Jangan. Kita kembalikan saja pujian tu pada Allah. Ok? Hehe.

* Jangan melayang kerana pujian, jangan tumbang kerana cacian.


Previous Post
Next Post

About Author

14 ulasan:

  1. tq sharing, menarik entry ni...

    BalasPadam
  2. Biasanya kita kembalikan pujian itu kepada Dia yang memberikan kita rahmat..ucapkan alhamdulilah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. kepada Dia yang selayaknya

      Padam
  3. haha dialog tu kadang2 mmg reply lebih kurang gitu bila dipuji. apapun segalanya milik allah kena sentiasa bersyukur

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..bersyukur kerana yang kita ada hari ini adalah pinjaman dari-Nya

      Padam
  4. dan satu jangan riak bila orang sekeliling sedang memuji kita..:)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat betul. jangan sesekali buat macam ni ;)

      Padam
  5. Tak salah terima pujian. Tapi kita kena ingat semuanya dari tuhan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. tak salah terimanya tapi pujian itu biarlah berbalik kepada yang selayaknya

      Padam
  6. Balasan
    1. semoga dapat manfaat daripada perkongsian serba ringkas ni ;)

      Padam
  7. Memang bermanfaat.. suka ayat last tu..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)