Durian Mahal Tapi Laku

Durian Raja Buah yang Mahal


Durian oh durian.. walaupun rupamu ganas, berduri sana sini tetapi engkau tetap menjadi pujaan hati. Terbayang-bayang dah rupa isi durian yang lembut sekarang ni..fuhhh..

durian kampung
Durian dari dusun abah


Sekarang ni durian kampung di Kuala Kangsar banyak juga nampaknya. Merata-rata tempat dijual. Kebanyakannya durian dijual mengikut timbangan kilo. Kalau timbang tu agak mahal jugalah harganya tapi harganya tidaklah semahal yang dijual di bandar-bandar besar sana. Durian gred yang bagus, harganya lagilah mahal. Kalau macam tu memang terkejut harganya. Tak banyak yang jual durian secara longgok. Kalau ada yang jual longgok, memang serbu terus. hehe jimat tau.

Fuhhh... sedapnya makan nasi berlaukkan durian!

Tapi mahal mana pun durian, tetap ada pembelinya. Isi durian yang gebu, manisnya cukup rasa, baunya yang menarik... memang membuatkan penggemar durian terus memburunya. Hebat betul penangan durian ni.

isi durian sedap

Durian gred bagus seperti Musang King, D24 dan lain-lain, harga sekilo pun dah mahal tapi disebabkan suka tetap beli. Sebelum membeli durian, kena pilih betul-betul. Nak beli durian pun kena ada ilmunya supaya nanti tidak tertipu. Kalau tertipu dengan harga yang mahal tapi kualitinya sangat rendah.. fuh menyesal tak sudah jawabnya. Nak senang, makan terus di tempat yang menjual durian tu. Sekarang ni ramai penjual durian yang menyediakan tempat untuk makan terus durian di gerai mereka. Lagi mudah, tak perlu berat-berat bawa balik durian beserta kulitnya.

durian ditebuk tupai
Durian ditebuk tupai pun laku juga tau

Tahun ini, Alhamdulillah dapat juga merasa durian daripada sebatang pokok durian yang ada berdekatan dengan ruma. Sedang sabar menanti durian di dusun besar abah untuk berbuah. InsyaAllah harap adalah hasilnya nanti.

Anda penggemar durian? Ok, kita geng 😄


Durian Mahal Tapi Laku Durian Mahal Tapi Laku Reviewed by Maisarah Humaira on Disember 07, 2017 Rating: 5

12 ulasan:

  1. Saya beli durian kampung je. RM12 sekilo. Sekarang dah naik balik kepada RM15 sekilo.

    BalasPadam
  2. Durian memang raja buah dek..

    BalasPadam
  3. Kat JDT musim durian dah nak berakhir.
    Tapi dalam sebulan lagi, ada satu lagi musim durian.

    BalasPadam
  4. Dapnya! >< Craving pulak tiba2 hahah :D

    BalasPadam
  5. Sedapnya durian...dah lama tak makan...sejak anak-anak tak sihat ni...

    BalasPadam
  6. cik en suka durian kampung.. masnisss

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.