Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jom Rewang 2018 | Pameran Pengantin untuk Persiapan Perkahwinan

Pameran Pengantin Jom Rewang 2018


Jom Rewang 2018 | Menjadi Raja Sehari pada hari bahagia adalah impian setiap bakal pasangan pengantin. Yelah, sekali seumur hidup merasa. Pasti menginginkan yang terbaik untuk majlis tersebut supaya berjalan lancar dan cukup segalanya untuk bakal pengantin itu sendiri dan juga para tetamu yang akan hadir disamping mengikut bajet yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. 

Kebiasaannya, bakal pengantin akan membuat persiapan rapi beberapa bulan sebelum berlangsungnya majlis walimatul urus. Banyak perkara penting yang perlu ada dalam senarai seperti busana pengantin, hantaran, katering, kad jemputan dan lain-lain lagi. Apa kata bakal pengantin hadirkan diri ke acara Jom Rewang 2018 yang menawarkan pelbagai perkhidmatan lengkap untuk majlis perkahwinan. 

Mesti anda nak tahu apa itu Jom Rewang 2018 kan? 


Jom Rewang 2018

Untuk pengetahuan anda, JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin. Acara Jom Rewang 2018 yang dianjurkan oleh Syarikat Puspawangi Event Management yang bekerjasama dengan Kerja Kahwin diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula pada 26 hingga 28 Januari 2018. Pameran ini dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jom Rewang 2018


Apa yang menariknya Jom Rewang 2018 ini?


Sudah pasti pelbagai perkara menarik disediakan dalam pameran tersebut. Antara tarikan utama acara JOM REWANG 2018 ialah:

- Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan yang disediakan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.

Pameran pengantin 2018
Foto Ari Wedding Couture

- Selain itu, 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tidak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.

Wah, macam-macam ada dalam satu acara! Apa yang perlu bakal pengantin lakukan ialah memilih perkhidmatan mengikut kehendak dan bajet mereka. Di sini anda boleh membuat perbandingan harga bagi sesuatu perkhidmatan dan berbincang bersama pasangan masing-masing, kalau dah setuju bolehlah tempah segera.

Anda yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 atau tahun berikutnya, amat digalakkan untuk ke pameran pengantin ini. 

Kemudahan Kawasan Parkir

Tentang kawasan parkir pula anda tidak perlu risau. Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah sudah tersedia dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral. 


Tempahan Vendor di Jom Rewang 2018

Peluang keemasan untuk sesiapa sahaja yang menjalankan perniagaan perkhidmatan yang berkaitan dengan majlis perkahwinan, anda amat dialu-alukan untuk menyertai pameran ini sebagai vendor. Kepada anda yang berminat, bolehlah mendaftar dengan menghubungi terus pihak penganjur.


Kepada bakal pengantin jangan lupa catat tarikh penting ni ya, lagi sekali diingatkan… 26 hingga 28 Januari 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Kalau ada saudara-mara, rakan atau kenalan anda yang ingin melangsungkan perkahwinan, beritahu mereka tentang JOM REWANG 2018. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pameran perkahwinan JOM REWANG 2018 ini, hubungi pihak penganjur melalui media sosial berikut:

Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management

Instagram : https://www.instagram.com/jomrewang/

Email: puspawangieventmanagement@gmail.com



3 ulasan for "Jom Rewang 2018 | Pameran Pengantin untuk Persiapan Perkahwinan"

  1. Bulan depan je event ni, nak beritahu kawan-kawan yang nak kahwin tu pasal ni. :)

    BalasPadam
  2. Rewang ni menarik, nama pun dah sesuai untuk projek kenduri di kampung kan. Untuk bakal pengantin, sediakan duit je bebanyak. Pastu pilih pakej di Jom Rewang. Semua lengkap. Dah boleh rilek sampai hari majlis. Berdebar untuk akad nikah je. Hehehe

    BalasPadam