Mengemas Sempena Tahun Baru Cina dengan Produk WD-40®

Maisarah Humaira | 15.1.18 | 18 Komen

WD-40® Produk Serbaguna untuk Pelbagai Kegunaan


Produk hebat WD-40® | Sesuatu yang merah dan mengujakan akan tiba tidak lama lagi… bolehkah anda cuba menekanya? Ya, ia Tahun Baru Cina 2018! Sudahkah anda membuat sebarang persiapan? Adakah anda serius untuk memastikan kediaman anda cukup bersedia menyambut kedatangan tahun baru yang lebih sejahtera? 

Sebelum anda memulakannya, pastikan anda mempunyai pembantu yang berguna berada di tangan anda bagi membantu anda mengatasi kerja pembersihan yang berat! Siapakah pembantu berguna itu? 

Baiklah, ini adalah antara asas-asas yang perlu anda ada di dalam senarai semak anda: 1) WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna), 2) 3-In-One Professional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin), dan 3) WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser (Pembersih Gris) 4) Kain Pembersih/ kain.

Berikut adalah cara terpantas yang boleh dilakukan untuk anda:

1) WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna): Hebat untuk menggilap permukaan krom dan memulihkan kesinaran permukaan keluli tahan karat. Adakah karpet anda terdapat gula-gula getah? Dengan produk ini, anda hanya perlu sembur di atasnya, gosok sedikit dan ia akan hilang! Terdapat kesan krayon di dinding? Hanya sembur dan lap dengan kain yang bersih. Dan jangan biarkan pintu yang lama hilang seri, hanya sembur dan ia akan lebih baik. 

WD-40® Multi-Use Product


2) 3-In-One Professional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin): Seperti nama produk ini sendiri, ia adalah pembersih penghawa dingin yang bagus. Adalah penting untuk memastikan penghawa dingin berfungi dalam keadaan yang terbaik ketika Tahun Baru Cina yang biasanya agak panas berbanding cuaca biasa. Oleh itu, alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis, dan semburkan produk pada sirip penyejuk secara menegak dari kiri ke kanan bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan. Biarkan sirip penyejuk selama beberapa minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!

Pembersih Penghawa Dingin WD-40


3) WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser (Pembersih Gris): Ini adalah satu penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran minyak makanan, minyak, lemak, kotoran sabun dan jelaga dengan cepat tanpa meninggalkan SEBARANG kesan! Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan dan bilas dengan air. Buihnya berkuasa dengan berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Ia cukup menakjubkan apabila kesannya boleh dilihat dalam tempoh singkat!

Pembersih Gris WD-40


4) Kain Pembersih/ kain: Benar, hanya padankan dengan mana-mana produk di atas. Air dan sabun adalah pilihan. 


Adakah anda benar-benar memerlukan pakar apabila anda mempunyai Produk Pelbagai Guna WD-40®? Sudah tentu. WD-40® Specialist ™ dirumuskan untuk tugas-tugas tertentu, manakala Produk Pelbagai Guna WD-40® membantu anda menyelesaikan pelbagai pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan kedua-duanya, anda sentiasa bersedia untuk apa-apa sahaja.


Jadi, adakah anda bersedia untuk merapikan rumah? Pasangkan muzik dan nikmatinya semasa anda berada di dalamnya! 

WD-40® mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga diberi kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua! Untuk maklumat lanjut tentang barisan produk WD-40® yang boleh memenuhi keperluan anda, sila melayari, http://wd40.asia.


Tentang syarikat WD-40


Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia


18 ulasan:

  1. brand yg di percyai. rumah kitorg memang wajid ada wd40 ni

    BalasPadam
  2. Ada baca juga info produk ni sblm ni.. Mmg byk kegunaan dia..

    BalasPadam
  3. Bab kemas rumah ni kalau tak cukup peralatan, rasa malas jgk. Haha lagi2 kalau kawasan rumah yg luas. Mahu seharian tak setel lagi.

    BalasPadam
  4. WD-40 ni bagus sangat produknya.. kalau sebut tentang karat marat.. haa.. WD-40 ni lah satu-satunya orang akan sebut.. TB ada buat entri tentang 1000 kegunaan WD-40 ni dulu.. leh terjah kat blog TB kalau sudi.. hehe

    BalasPadam
  5. Saya nak membeli WD40 untuk bersihkan aircond saya yang dah agak lama tak dibersihkan tu. Hehe.

    BalasPadam
  6. Memang bagus produk WD 40 ni sebab banyak kegunaannya.

    BalasPadam
  7. Produk ni memang perlu ada kat dlm setiap rumah

    BalasPadam
  8. WD40 memang multipurpose la kan..semua bleh guna..lepas ni semua bleh buat sendiri

    BalasPadam
  9. Pelbagai guna betul produk WD40 ni. Mula2 tak tahu cara penggunaan lepas dah tahu banyak betul kelebihan dia terus pakai sampai sekarang.

    BalasPadam
  10. Aissshh..serbaguna ni WD-40..teringin nak try untuk carpet . Tau je la bila anak² kecik ni..makanan terlambak la..air tumpah la..carpet dah bertukar 'wajah' ..huhuhu

    BalasPadam
  11. oh macam best. will buy one to try

    BalasPadam
  12. husband ayu mmg beli wd 40 untuk stok emergency kat umah.... banyak membantu ni

    BalasPadam
  13. Degreaser tu bestnya boleh cuci stove. Selalu payah pakai sabun biasa dan melekit2.Btw, boleh tak gunakan 3-In-1 Cleaner tu untuk air purifier? Penapis dah lama tak cuci sebab malas. Hehe. Bolehlah cari barangan WD40 ni

    BalasPadam
  14. WD40 ni selalu kami guna semasa buat kerja-kerja penyelenggaraan..memang berguna nak nak utk repair benda-benda lama yang dah berkarat.

    BalasPadam
  15. bagus jugak produk wd-40 ni, boleh try

    BalasPadam
  16. Kena beli dan letak satu kat rumah ni. Berguna nampaknya kat ayah ena

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa