Status Permohonan BR1M Dah Lulus!

Permohonan BR1M Lulus


Dah semak status permohonan BR1M anda? Mungkin status tersebut dah bertukar daripada DALAM PROSES kepada LULUS. Atau mungkin masih sama, bertulis 'dalam proses'.

semak status permohonan BR1M

Hari ini Mai tolong abah untuk semak status permohonan BR1M di portal e-BR1M, Alhamdulillah permohonan BR1M abah dah lulus. Sedikit masa lagi, insyaAllah akan dikreditkan terus ke akaun bank. Harap-harap terus masuk ke akaun bank dan tak perlu lagi tunaikan baucar di bank. 

Bukan apa, kesian pada warga emas dan OKU yang terpaksa berjalan ke sana ke mari. Macam tahun lepas, penerima BR1M fasa pertama di tempat Mai, mereka akan mendapat surat, kemudian perlu ke dewan orang ramai untuk menukarkannya dengan baucar. Apabila sudah dapat baucar, barulah boleh ditunaikan di dewan itu atau terus bawa baucar ke bank. Mai temankan opah masa tu, kesian juga lihat mereka yang perlu ke sana untuk menunaikannya. Mudahkan yang mana patut dimudahkan. 

Untuk semakan status permohonan, anda boleh melakukannya di laman SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 atau nak lagi mudah, anda boleh membuat semakan menggunakan Aplikasi Mobile BR1M yang kini boleh dimuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS.


Aplikasi Mobile BR1M

Anda juga boleh membuat semakan permohonan dengan hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Kalau dapat ucap Alhamdulillah, rezeki juga kan. Kalau tak diberi peluang untuk merasa, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti dan mungkin juga ramai lagi yang benar-benar memerlukannya selain daripada diri kita sendiri.


2 ulasan:

  1. Alhamdulillah,tahniah..akak x lulus dan tau takkan lulus sebab dah ada harta, even gaji bawah 4k, hahaha...status ibu tunggal pun tak membantu

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon