Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lirik Lagu Di Matamu Sufian Suhaimi yang Menyentuh Hati

Lirik Penuh Lagu Di Matamu Sufian Suhaimi


Pertama kali dengar teaser lagu Di Matamu, dapat rasa kesedihan dalam lagu yang dibawakan oleh Sufian Suhaimi ini. Nak pula lagu ini keluar selepas kisah pertunangan antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terputus di tengah jalan atas sebab-sebab tertentu. Memang sedih dengarnya. Baru keluar teaser lagu, ramai yang dah buat cover lagu ini. Mungkin kerana lirik lagu ini yang 'kena' dengan kisah Sufian Suhaimi membuatkan lagu ini jadi makin popular.

lirik lagu di matamu sufian suhaimi

Baru-baru ini, Era fm telah memuat naik video lagu Di Matamu versi akustik dengan lirik penuh di YouTube. Sebelum ini biasa-biasa je minat pada lagu Sufian Suhaimi. Tapi lagu Di Matamu kali ini betul-betul menusuk ke jiwa. Terus suka lagu ini. Agaknya inilah perasaan yang sedang dialami oleh Sufian sekarang ni..

Apa pun jom dengarkan lagu Di Matamu dengan lirik penuh ini.

Lagu Di Matamu Sufian Suhaimi


Apakah kau cuba untuk menafikan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu
Memaksaku mengundurkan diri

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu
Di dunia ini

Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu
Dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati
Yang telah dilukai

Aku sedar
Betapa hinanya
Ku dimatamu

....

Namun jika ku diperlukan
Dan diterima
Izinkan ku menagih kasihmu

Namun jika ku ditolak
Tak diperlukan 
Buang segala tentangku

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu
Di dunia Ini

Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu
Dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati
Yang telah dilukai

Aku sedar
Betapa hinanya
Ku dimatamu


Nantikan Official Music Video dan Audio lagu Di Matamu yang akan release pada 23 Mac 2018 ini.
Tak sabar tungguu ni...


1 ulasan for "Lirik Lagu Di Matamu Sufian Suhaimi yang Menyentuh Hati"