Kerana Dunia, Tertipu dengan Diri | Lagu Kiroro Mirai e Versi Islamik

Lagu Kiroro Mirai e Versi Islamik Nyanyian Kumpulan Nasyid Rabithah


Dunia, dunia juga.. akhirat jangan ditinggal pula. Sejauh mana dunia yang dikejar, agama jangan sesekali dipisahkan. Allah jangan sesekali dilupakan, kerana Dialah pencipta kita. Jangan kerana dunia, suruhan-Nya diabaikan. 

Contoh yang paling mudah, solat. Bekerja 10 jam mampu disudahkan tapi solat 5 minit tak mampu dilaksanakan. Semuanya kerana dunia. Ya, tak salah cari dunia tapi biar seiring dengan agama. Mana mungkin hidup hanya mencari dunia semata-mata, pasti terasa kosongnya hati. Maka berbaliklah kepada Allah. Itulah yang sebenar-benarnya cinta yang perlu dicari.

Itulah serba sedikit yang berkaitan dengan lirik lagu Kiroro Mirai e versi islamik. Lagu Mirai e, siapa yang tak kenal lagu ini kan, antara lagu bahasa Jepun yang popular. Dah pernah dengar versi nasyid punya?

Lagu Kiroro Mirai e Versi Islamik

Lagu Kiroro Mirai e versi islamik ini mula dipopularkan oleh kumpulan nasyid Fenomena Voice, pelajar Yayasan Khairiah, Kupang, Baling. Mereka telah memuatnaik video lagu ini pada 5 November 2017, di akaun Instagram fenomenavoice dengan lirik dan suara yang mampu menyentuh hati para pendengar.  Lagu ini dah jadi viral pun baru-baru ini. Daripada video ini, ramai yang dah cover lagu versi islamik ini.

Inspirasi daripada lagu tersebut, kumpulan RABITHAH menyanyikan lagu ini dengan lirik penuh mereka yang menyentuh jiwa yang diberi tajuk Sucikanlah. Jom dengarkan...

Rabithah - Sucikanlah (Kiroro Mirai e Cover)




RIDWAN:
Allah,
sucikanlah hati aku,
yang terus resah,
melakukan dosa padaMu..
Allah,
Ampunilah dosa ini,
Sesungguhnya Kau maha mengampuni...

HAKIM:
Kerana dunia,
cintaMu tak pernah ku sedar,
Tertipu dengan diri,
Mengejar suatu yang sementara..

AYMAN:
Kerana cinta manusia,
Hatiku buta,
KasihMu aku dustai,
kerna cinta manusia,
Kau ku pinggiri,
Ku pergi dan terus terleka...

MAHDI:
Namun Kau masih lagi,
memberiku nikmat ini,
Kan ku pinta,
ampunanMu tuhan yang ku buru..

MAHDI:
Allah,
sucikanlah hati aku,
yang terus resah,
melakukan dosa padaMu..
Allah,
Ampunilah dosa ini,
Sesungguhnya Kau maha mengampuni...

KORUS:
Allah,
sucikanlah hati aku,
yang terus resah,
melakukan dosa padaMu..
Allah,
Ampunilah dosa ini,
Sesungguhnya Kau maha mengampuni...

Sesungguhnya Kau maha mengampuni..

Lirik: Fenomena Voice dan Ustaz Adnin.
Lagu asal: Kiroro Mirae.
Musik: Ustaz Adnin
TARBIAH SENTAP RECORDS


MasyaAllah.. sangat sedap didengar dengan lirik yang sangat baik. Sedikit sebanyak lagu ini dapat menjentik hati kita mengenang dosa sendiri lalu berubah menjadi yang lebih baik.

Semoga saya, saya, saya dan kita semua tidak mudah tertipu dengan diri sendiri kerana dunia, InsyaAllah.


5 ulasan:

  1. wahhh, menarik sangat..

    BalasPadam
  2. tak dengar lagi lagu ni..

    BalasPadam
  3. Wahh, siap liriks ya, tapi tak dapat lagi nak dengar

    BalasPadam
  4. mmg suka lagu kiroro miraie ni tapi versi Islamik ni memang sedap..sangat sedap didengar

    BalasPadam
  5. Best lagu ni. Diiringi dengan muzik lagu yang sangat digemari Kiroro Miraie. Lirik lagu bermakna :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon