Sedapnya Mengunyah Kerepek Popia Cheese Pedas

Kerepek Popia Cheese Pedas Sedap


Kerepek popia cheese pedas ini menjadi kegemaran ahli keluarga Mai. Mana tidaknya, rasanya sedap.. rasa keju pedas manis memang kena dengan lidah. Makan sambil menonton TV, tak sedar habis sebalang.

popia cheese pedas
kerepek popia cheese pedas sedap!

Ada yang suka beli terus kerepek popia cheese pedas ini. Banyak jenama kerepek ini yang ada di pasaran. Salah satu jenama yang Mai tahu, Wonder Cheese. Tapi Mai lebih suka buat sendiri sebab lagi jimat, boleh dapat hasil yang banyak dengan modal yang sedikit. 

Nak cuba buat sendiri kerepek popia cheese pedas yang sedap? Jom ikut resepi mudah di bawah ini..

Resepi Kerepek Popia Cheese Pedas


Bahan-bahan yang diperlukan:

Sebungkus kulit popia (Mai guna jenama KG Pastry)
8 sudu besar serbuk keju
2 sudu besar serbuk cili (Mai guna jenama Baba's)
4 sudu besar gula 

Cara membuatnya:

1. Gunting kulit popia bentuk segiempat, kecil-kecil sehingga habis sebungkus.

2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak hangus. Angkat dan toskan.

3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula.

4. Apabila kulit popia yang digoreng tadi sudah sejuk, masukkan ke dalam balang.

5. Kemudian masukkan serbuk yang sudah dikisar tadi ke dalam balang berisi kulit popia dan goncang dengan lembut sehingga serbuk keju rata sepenuhnya.

6. Sedia untuk dimakan.

*Jika rasa terlebih pedas, boleh seimbangkan rasa dengan menambah sedikit gula atau keju (ikut rasa masing-masing)

Dah siap! Mudah je kan? Lepas ni kalau rasa nak makan kerepek popia cheese pedas, boleh buat sendiri dah. Sekali rasa sekeping kerepek ni, confirm tak nak lepaskan balangnya.

Bukan boleh buat makan sendiri saja, nak jana pendapatan sampingan dengan jualan kerepek popia cheese pedas ini juga boleh. Kalau sebelum ini asyik membeli, kali ini dah boleh buat duit pula dengan kerepek ini 😉

Jom le kite buat kerepek ...


16 ulasan:

  1. aritu kt umh mak ada kerepek popia cheese ni..ralit ngunyah

    BalasPadam
  2. Mudahnya nak buat.. sedap pula tu..

    BalasPadam
  3. Klu dpt xsampai sehari dh hbs. Nk pula mkn sambil tgk tv.memang syok

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. tau takpe. makan dengan nasi pun sedap hihi

      Padam
  4. mudah kan. tp malas nk buatt

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya mudah.. sekali sekala cuba, mesti nak buat lagi lepas tu :)

      Padam
  5. Da sama macam wonder cheese. Hari tu kt kg,cousin Del yang buat kan..sedap plk rasa xyh beli mahal2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah.. tak payah beli dah. buat sendiri lagi jimat kan

      Padam
  6. Kalau pakai serbuk cili niy. Macam taksedap sangat laa. Better serbuk cheese hot and spicy punya tu lagi okay rasanya. Tapi taklaaaa spicy sgt pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya guna sedap je :) bukannya kena guna banyak, sikit je. lepas seimbangkan ramuan lain. sedap jadinya kerepek popia cheese ni tau

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon