Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari MaisarahSidi.com

Salam Aidilfitri


Pejam celik, pejam celik... bulan Ramadhan sudah pun berlalu dan kini kita berada dalam bulan Syawal pula. Masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan luar negara. Rayakan kemenangan kita!

ucapan raya

 Hari ini Syawal keempat. Ada yang dah mula bekerja hari ini. Walaupun cuti sekejap saja, sempat juga beraya bersama keluarga di kampung. Jadilah tu hehe.. Syawal kan sebulan, boleh sambung beraya di tempat kerja juga nanti 😁

Yang belum sempat beraya dengan yang tersayang, jangan risau kerana bulan Syawal masih lagi sedang berjalan. Pulanglah bercuti luangkan masa bersama mereka yang menanti.

HOTRamadhan Sudah Berlalu, Apa yang Kita Dapat?

Budak-budak sekolah memang seronok sekarang ni sebab cuti masih berbaki kira-kira seminggu lagi. Maknanya ada masa lagi nak capai target kutipan duit raya tahun ni haha. Kutip jangan tak kutip dik.. akak dulu pun macam tu 😆

Raya, raya juga.. keselamatan juga perlu dijaga. Jangan main mercun ye. Dengar bunyi mercun meletup memang best tapi kalau tangan yang meletup, tak boleh nak ganti dah. Elak lagi bagus daripada menyesal.

Apa pun berayalah dengan gembira dan bersederhana.Semoga kita tidak sesekali melupakan Ramadhan yang baru saja berlalu pergi.




6 ulasan for "Selamat Hari Raya Aidilfitri dari MaisarahSidi.com"

  1. selamat hari raya! Tahun ni macam kurang dengar pasal mercun kecuali kes gerai mercun terbakar sebelah cimb tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. tahun ni tak banyak sangat Alhamdulillah

      Padam
  2. salam aidilfitri maaf zahir batin. have a blast eid =)

    BalasPadam
  3. selamat hari raya humaira..:)

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya..

    BalasPadam