Siaran myFreeview Hilang, Muncul E025 No Signal - Ini Cara Penyelesaiannya

 Cara Kembalikan Siaran myFreeview yang Hilang


Anda pengguna siaran digital myFreeview? Best kan sebab paparan TV sangat jelas. Tapi kadang-kadang, tiba-tiba skrin TV jadi gelap dan muncul kotak oren bertulis E025 - No Signal. Geram juga bila tiba-tiba jadi begini kan..

myfreeview hilang siaran


Pertama kali terjadi perkara ini, Mai terus menghubungi pihak MYTV. Mereka beritahu masalah berlaku mungkin disebabkan angin laju atau hujan. Anda pernah mengalami masalah ini tak? Mai kongsikan cara mudah untuk menyelesaikan masalah skrin myFreeview jadi hitam dengan paparan E025 - No Signal.

Cara penyelesaiannya:

1. Tekan butang Menu (Foto 1) pada alat kawalan jauh MYTV.

E025 no signal myfreeview
Foto 1
2. Muncul paparan tetapan (setting) seperti Foto 2. Pilih Tetapan Kilang (tekan butang OK pada alat kawalan jauh MYTV).

E025 no signal myfreeview
Foto 2
3. Kemudian muncul kotak pin (Foto 3) dengan empat petak kosong. Masukkan nombor 0000 pada kotak tersebut (tekan 0 pada alat kawalan jauh MYTV).

myfreeview hilang siaran
Foto 3
4. Seterusnya, tekan butang biru untuk carian saluran.

myfreeview hilang siaran
Foto 4
5. Tunggu sehingga senarai saluran muncul (Foto 5). Beberapa saat selepas itu, gambar dan bunyi muncul kembali.

myfreeview hilang siaran
Foto 5

Kalau ada yang keluar E020, boleh juga cuba cara ini.

Macam mana, jadi tak? Boleh dah tonton Siaran Digital myFreeview semula. Adakalanya, tak jadi juga dengan sekali percubaan. Kena ulang banyak kali baru ok. Kalau tak muncul juga siarannya, lebih baik hubungi terus pihak MYTV untuk mendapatkan penjelasan terperinci sebab ia jadi begitu.

Mudah je kan caranya? Lepas ni kalau TV anda mengalami masalah yang sama seperti ini, bolehlah cuba cara ini. Kalau ada sebarang masalah yang berkaitan dengan dekoder MYTV atau siaran Digital myFreeview, segera hubungi mereka di talian 1 300 80 6988.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Haritu ada kawan bagitau masaalah dia ni macam ni, ooo Sis nak bg link Mai kat dia lah..makaseh Mai ..

    BalasPadam
  2. Abe kie pakai astro n njoi je. Tp kak long d kg guna myfreeview. Kualiti gambar mcm Astro HD!

    BalasPadam
  3. kita pakai MyBox..lebih kurang jugak macam MyFreeview ni ha..kadang2 hilang jugak signal, geram...lama pulak tu sampai lebih seminggu...agaknya kena cari semula siaran macam ni jugak kalau jadi lagi

    BalasPadam
  4. ayah ejulz layak dapat cek kat sistem. tapi belum sampai2 lagi.. :(

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)