#Cabaran20Hari | Kuih Kegemaran Pada Bulan Ramadhan
Kuih kegemaran pada bulan Ramadhan
Setiap kali bulan Ramadhan, kuih-muih menjadi menu sampingan yang wajib ada ketika berbuka puasa. Kalau singgah di bazar Ramadhan, pelbagai jenis kuih dijual. Rambang mata nak pilih! Kuih yang tidak pernah dilihat dan rasa pun 'muncul' pada bulan puasa ni.
Kuih limas dan popia goreng menjadi pilihan
Kuih limas dan popia goreng menjadi kuih kegemaran saya pada bulan puasa. Rasa kuih limas yang manis berlemak dan popia goreng bersira yang pedas manis membuatkan saya memilihnya sebagai menu sampingan yang wajib ada ketika berbuka puasa. Rasanya 'kena' dengan tekak.
Kuih limas juga dikenali sebagai tepung pelita. Anda kenal tak kuih limas ni? Kuih ini ada dua lapisan, atasnya putih iaitu lapisan santan dan bawahnya adalah lapisan tepung dan air gula.
Kuih limas Kredit foto: Malaysian Food Channel |
Popia goreng pula, saya selalu buat popia goreng bersira atau berkeju (keju cheddar bersama sayuran racik). Cara membuatnya pun mudah. Sediakan bahan-bahan dan gulung popia serta buat kuah pada paginya, petang sebelum berbuka boleh digoreng. Sedap dimakan ketika masih panas.
Popia goreng bersira Kredit foto: Mingguan Wanita |
Apa kuih kegemaran anda pula pada bulan puasa?
perghhhh sedap betol ni,,,, rasa nk mkan jugak
BalasPadamcari je kat bazaar.mesti dapat hehe
PadamBaru tau kuih limas tu kuih tepung pelita rupanya :)
BalasPadamoiiii....sedapnyaaa....seb baek baru je pas makan,,,,
BalasPadamuittt sama lah kak irra hahaha
Padamnampak sedap...follow blog saya juga...saya masih baru...tq...
BalasPadamhttp://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/
Bestnye kuih tepung pelita...feveret tu....
BalasPadamkuih limas famousss kat perak hehee. kc dengan abi kc orang perak so suka sgt dengan kuih limas hehe
BalasPadam