#Cabaran20Hari | Pengalaman Manis di Bulan Puasa
Pengalaman manis di bulan puasa
Pengalaman manis memang banyak pada bulan puasa. Manis sentiasa. Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, hati terasa tenang dan perasaan gembira hadir kerana semangat yang berkobar-kobar bertemu Ramadhan.Kredit foto: ryanethezaine |
Kalau sewaktu zaman kanak-kanak, main bunga api dan mercun menjadi perkara utama dalam bulan puasa. hehe. Kalau tiada stok bunga api, memang tak sah. Jadi, kena pusing satu kampung tinjau2 siapa yang ada jual bunga api. haha. Gigih betul.
Panjut pula dibuat sendiri oleh abang menggunakan buluh. Buluh pula senang didapati, tidak perlu susah-susah nak cari. Belakang rumah je.
Pelita buluh Kredit foto: Anak Kedah |
Bermula dari langkah memotong buluh mengikut saiz yang dikehendaki, selalunya tidak terlalu panjang, cukup untuk 3 atau 4 lubang untuk diletakkan tali sumbu. Kemudian buluh dicuci, seterusnya buluh yang telah dipotong mengikut panjang, ditebuk 3 atau 4 lubang padanya. Tempat nak letak tali sumbu tu, apa entah namanya, hanya menggunakan tin biskut aluminium yang tidak dugunakan lagi. Dah siap gulung kepingan tin aluminium selepas dipotong, masukkan tali sumbu atau tali guni. Minyak tanah pun diisi ke dalam buluh tersebut. Memang bersungguh-sungguh buat panjut tu sampai siap. Selalunya panjut dipasang bermula pada malam Ramadhan ke 27. Seronok tengok nyalaan api di panjut buluh itu. Sampai terbakar pun ada. haha
Tapi zaman sekarang ni semakin kurang yang buat panjut buluh ni. Pelita plastik dan aluminium ada dijual di kedai atau pasar raya. Jadi, orang sekarang lebih memilih jenis itu mungkin sebab mudah dan senang didapati.
Masa di sekolah menengah pula, jawab PMR dalam bulan puasa. Sebenarnya belajar dalam bulan puasa ni lagi cepat serap ilmu. Yela, perut tengah kosong, oksigen pun banyak untuk otak. Rasa tenang je belajar. Alhamdulillah, dapat keputusan PMR diluar jangkaan.
Itu antara pengalaman manis saya pada bulan puasa. Pengalaman manis anda pula bagaimana?
#Cabaran20Hari yang lain:
- Erti Puasa Bagi Saya
- Pengalaman Sahur
- Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas
- Menu Wajib Bulan Ramadhan
- Pengalaman Pahit Pada Bulan Ramadhan
kebanyakan perkara manis dulu dah tak berlaku zaman kanak2 sekarang.
BalasPadambetul tu..sepatutnya perlu berterusan
Padamsbb skrg asyik dgn gadget kott.huhu
PadamPengalaman manis ena ketika berpuasa semua ketika kecil kecil dulu. Zaman tengah enjoy tak hingat dunia. Hehehe. Skrg ni adalah sikit2 tapi tak sehebat dulu.
BalasPadamkan..zaman kanak-kanak dulu tak kisah pun nak buat apa ^_^
Padamkalau ikutkan pengalaman time kecik2 paling best kenangan =)
BalasPadambetul..masa kecik la paling best ;)
Padamsekarang macam dah kurang buat panjut tu.. kat rumah kampung yoorin pon abah dah tak buat lampu pelita.. dah pakai lampu elektrik..hahaha.. kalau dulu lepas buka je berebut nak isi minyak tanah..
BalasPadamsemua ni ikut peredaran masa kan :)
Padamlampu elektrik lagi jimat masa hehehe
Padampengalaman bila dah tua ni kena cuba nak buatkan semua kenangan masa dulu untuk anak-anak pulak..hee..rindu panjut tu
BalasPadamwahh di luar jangkaan yeee. berap dapat PMR tu? hehehe. wah bestnya buat panjut tu.zaman kakcik takde lah merasa buat panjut hehe
BalasPadamteringat kenangan tinggal di kampung dulu.. meriah.. ;)
BalasPadam