Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jangan Berlagak Tapi Bersyukur

Jangan Berlagak Tapi Bersyukur

Apabila kita sudah memiliki sesuatu yang kita idam-idamkan, perlukah kita hebohkan kepada setiap manusia di pelosok bumi ini? Mungkin ada di antara kita tidak sedar dengan perbuatan yang telah dilakukan. Contohnya, muat naik gambar di laman sosial dengan kapsyen yang 'tersirat'. Ada sesuatu di sebaliknya yang ingin disampaikan. Bimbang timbul penyakit hati tanpa disedari.

berlagak, syukur, bangga

Engkau ada rumah besar, bersyukurlah. Engkau ada kereta besar, bersyukurlah. Engkau berpangkat besar, bersyukurlah. Engkau ada isteri cantik, bersyukurlah. Dapat suami kacak, bersyukurlah. Dalam kehidupan ini, tidak ada yang perlu kita banggakan. Apa yang kita miliki di dunia ini hanya sementara. Di dunia ini, Allah nak uji kita bagaimana cara kita mengendalikan nikmat yang dikurniakanNya. Jika baik kendaliannya, maka baiklah natijahnya.

Tidak perlu bandingkan pencapaian kita dengan orang lain. "Pointer aku lebih tinggi dari kau", "Anak aku 5 orang, kau ada berapa orang anak?" .  . . hentikanlah ayat atau pertanyaan yang menyakitkan hati. Apa yang penting terus bersyukur dengan apa yang telah dikecapi. Contohnya dalam pelajaran, bersainglah secara sihat. Jika apa yang mereka ada kurang daripada kita, kita perlu hulurkan bantuan. Bantuan yang berbentuk kewangan, perkongsian ilmu doa, nasihat, kata-kata positif dan sebagainya. Jangan pentingkan diri sendiri. 

Kesimpulannya, jangan berlagak dan jangan bangga berlebihan walaupun sesuatu itu didapati dengan usaha sendiri tetapi bersyukurlah. Ucaplah 'Alhamdulillah' setiap kali mendapat kejayaan berbanding post di media sosial dengan niat yang salah.


Nak tempah design/customize blog murah?



15 ulasan for "Jangan Berlagak Tapi Bersyukur"

  1. Tanpa Nama13 Ogos, 2015

    betul tu :-)

    BalasPadam
  2. muhasabah diri..mintk dijauhi dari penyakit menunjuk-nunjuk dan dengki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah..sentiasa mohon padaNya moga dijauhkan dari penyakit hati

      Padam
  3. setuju.. takut la penyakit hati ni.. macam2 penyakit semua punca dari hati.. Riak, dengki, hish..dijauhkan laaaa

    BalasPadam
  4. Semoga kita dijauhkan daripada sifat berlagak mahupun riak..salam kenal dari saya www.alongmisuari.com

    BalasPadam
  5. Betul..betul..betul..kena selalu ingatkan diri..semua Allah punya..

    BalasPadam
  6. Betul tu
    Bersyukur apa adanya :)

    BalasPadam
  7. Salam kenal dari Che Mid..nice blog...

    BalasPadam
  8. yup.. sebelum post apa-apa, kena fikir dulu.. "adakah ia akan timbulkan perasaan riya'? adakah ia akan menyebabkan orang lain terluka? adakah ia penting dan membawa kebaikan kepada ummah?"

    banyak benda nak kena fikir sebenarnya.. ^_^

    BalasPadam
  9. Ya! Setuju dengan entry ni. Disebabkan saya tak sambung belajar, semua duduk mengata itu ini. Siap ada yang cakap "Sedap sikit dengar kalau baru keluar U". Hal sebenar, bukan tak mampu, bukan tak layak. Tapi kita ada target sendiri. Tak perlu kot masuk U tapi sekadar mengikut-ikut dan social je lebih. Moral of the story, keep calm and jangan berlagak ;) Love this entry ^_^

    http://ruangmiss.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. best reminder! terima kasih..kdg2 kita x perasan kan..semoga kita dijauhi sifat2 mazmumah

    BalasPadam
  11. Bersyukur dan berusaha dengan lebih baik.
    Tak perlu nak banding-banding sebab masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri kan.

    BalasPadam
  12. moga kita dijauhi sifat riak.. :) pernah nampak keluhan seorang blogger ni, dia sedih dituduh riak padahal itu tugas dia sbg seorang media influencer.. so, kena faham juga tugas seorang blogger.. dia perlu promote utk tugasan dia, bukannya nak menunjuk..

    BalasPadam
  13. Tanda orang bersyukur adalah dia menggunakan segala nikmat yang Allah bagi ke jalan-Nya dan bukan bermaksiat dan mensia-siakannya.

    BalasPadam