Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hadiah Jadi Lebih Bermakna dengan TBOOX Gift Creation

Customize Hadiah dengan Tboox.com

Cantik dan comel semua barang yang saya terima dari Tboox.com. Sejak pertama kali buka laman web Tboox.com, terus jatuh cinta dengan pelbagai barangan cenderahati yang disediakan di situ. Disebabkan barangannya berjaya menarik hati saya, maka saya pun mulalah membeli di laman web Tboox.com.

tboox.com, tshirt murah

Beberapa barang menjadi pilhan saya seperti t-shirt, mug dan non woven bag. Semua barangan ini boleh ditambah dengan design sendiri atau pihak mereka yang design kan. Mudah bukan? Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan. Untuk melihat produk yang disediakan, klik pada kotak 'Product Catalog' yang ada di sebelah kiri laman web seperti gambar di bawah.

tboox.com


Best jugak kalau ada tshirt dengan url blog sendiri kan. Teringin juga nak ada tshirt yang dapat memperkenalkan blog sendiri ni. Jadi, tshirt berwarna kuning dengan tulisan url blog sendiri menjadi pilihan. Kainnya pula tidaklah nipis.

tboox.com


Selain itu saya juga memilih mug gelas jenis frosted yang diletakkan foto keluarga saya pada mug ini. Mug ni tak pecah pun dan selamat sampai di tangan saya. Mana tidaknya, mug ini dibalut dengan beberapa helai suratkhabar dan di luar kotaknya pula dibalut lagi dengan bubble wrap plastic. Jadi, tak perlu risau untuk menempah dengan Tboox.

tboox.com
Mug kaca jenis frosted

Comel tak woven bag di bawah ni? Siap ada ilustrasi sendiri lagi tu. hehe. Ilustrasi tu dari saya sendiri. Beg ini bersaiz 15' x15'. Nak sumbat apa pun boleh dalam beg ni. Memang sesuai untuk dijadikan cenderamata bagi pelbagai acara seperti majlis graduasi, majlis di sekolah dan apa-apa sahaja acara yang berkaitan.
tboox.com
Woven Bag
Semua barangan yang disediakan di laman web Tboox.com amat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk sebarang acara seperti majlis meraikan hari lahir, majlis graduasi, majlis perkahwinan dan lain-lain lagi. Bukan dijadikan hadiah semata-mata, untuk diri sendiri pun boleh tau. Barangan hiasan rumah yang kreatif dan unik juga disediakan di laman web Tboox. Kalau anda nak lihat keunikan barangan yang disediakan, sila ke laman web Tboox.com. Anda pasti teruja!

Tboox memberi kita idea untuk menjadikan sesebuah hadiah itu unik dan akan diingati sepanjang masa oleh si penerima. Sekali gus menjadikan ia hadiah yang bermakna kepada seseorang. Lepas ni kalau nak hadiahkan sesuatu kepada seseorang, tak perlu susah payah nak fikir. Klik je Tboox.com. Pasti hidup lebih mudah dengannya.

Anda ingin membuat tempahan dengan Tboox? Klik saja www.tboox.com sekarang juga.


4 ulasan for "Hadiah Jadi Lebih Bermakna dengan TBOOX Gift Creation"