Selamat Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia!
Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2016! Tahun ini genap 59 tahun negara Malaysia mengecapi kemerdekaan. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama panjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas peluang kita merasai nikmat merdeka ini.Kredit foto: akiraka-chan.deviantart.com |
Bersyukurlah kerana kita dapat hidup dalam keadaan aman dan gembira. Jangan punahkan keamanan yang dikecapu dengan hanya sengketa kecil. Gunakan setiap kemudahan yang ada di negara dengan sebaik-baiknya. Harapan saya masih sama seperti sebelum ini, supaya rakyat Malaysia sentiasa bersatu dan sehati sejiwa dalam apa jua keadaan. "Sehati Sejiwa" yang mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Selain itu, sikap pentingkan diri sendiri dan suka memburukkan antara satu sama lain perlu dijauhkan agar matlamat negara dapat dicapai. Pemimpin atau rakyat, kita semua sama sahaja. Perlu saling membantu dan bekerjasama.
Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia serta mengangkat martabat negara di mata dunia dan menjadikan Malaysia semakin dikenali. Anda memang terbaik!
Akhir kata, jagalah Malaysia dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah tanah tumpahnya darah kita. Ingatlah jasa orang yang telah bersusah payah demi memerdekan negara Malaysia. Tak perlu berlagak atau sombong dengan sikap pentingkan diri sendiri tu. Siapa lagi yang nak jaga kalau bukan rakyatnya kan?
Salam Merdeka.
BalasPadamSehati Sejiwa.