Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Selamat Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia!

Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2016! Tahun ini genap 59 tahun negara Malaysia mengecapi kemerdekaan. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama panjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas peluang kita merasai nikmat merdeka ini.

hari kemerdekaan 2016
Kredit foto: akiraka-chan.deviantart.com
Sehingga kini, sebagai seorang rakyat Malaysia, apa yang telah kita sumbangkan kepada negara? Nampak macam besar sangat kan. Kita jaga diri dan amalkan sikap yang baik selama kita masih hidup, ini pun sudah memadai. Kerana sekecil-kecil perbuatan kita akan membuahkan hasil yang besar.

Bersyukurlah kerana kita dapat hidup dalam keadaan aman dan gembira. Jangan punahkan keamanan yang dikecapu dengan hanya sengketa kecil. Gunakan setiap kemudahan yang ada di negara dengan sebaik-baiknya. Harapan saya masih sama seperti sebelum ini, supaya rakyat Malaysia sentiasa bersatu dan sehati sejiwa dalam apa jua keadaan. "Sehati Sejiwa" yang mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Selain itu, sikap pentingkan diri sendiri dan suka memburukkan antara satu sama lain perlu dijauhkan agar matlamat negara dapat dicapai. Pemimpin atau rakyat, kita semua sama sahaja. Perlu saling membantu dan bekerjasama.

Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia serta mengangkat martabat negara di mata dunia dan menjadikan Malaysia semakin dikenali. Anda memang terbaik!

Akhir kata, jagalah Malaysia dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah tanah tumpahnya darah kita. Ingatlah jasa orang yang telah bersusah payah demi memerdekan negara Malaysia. Tak perlu berlagak atau sombong dengan sikap pentingkan diri sendiri tu. Siapa lagi yang nak jaga kalau bukan rakyatnya kan?


Selamat Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia!


1 ulasan for "Selamat Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia!"